BUKAN hanya manusia yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, haiwan pun begitu.

Seperti apa yang berlaku di salah sebuah desa paling dingin di dunia, wilayah Timur Jauh Siberia, Rusia.

Dailymail.co.uk melaporkan, semua lembu di perkampungan itu dipakaikan ‘bra berlapis bulu’ bagi memanaskan haiwan itu ketika suhu sejuk melampau.

Seorang petani di perkampungan Oymyakon di Yakutia, Nikolay Atlasov berkata, ‘coli’ berbentuk segi tiga itu dipakaikan kepada haiwan ternakannya berikutan suhu
menjunam kepada -45 darjah celsius.

Menurutnya, kesemua lembu ternakannya dipakaikan ‘bra’ tersebut setiap kali ia dibawa keluar dan ketika suhu menurun kepada -60 darjah celsius.

Bra tersebut adalah buatan tangan yang berbentuk segitiga dan begitulah cara bagaimana haiwan ternakan mereka menghadapi musim sejuk.

Menurut penduduk tempatan, ‘bra’ tersebut dihasilkan daripada kulit kambing biri-biri atau bulu hare (spesies arnab).

Ia kemudiannya diikat menggunakan tali panjang pada badan lembu terbabit dan satu daripadanya di bawah ekor.

Katanya, bra itu membantu untuk melindungi kulit lembu dan dapat menghasilkan sehingga dua liter susu.

Itu adalah perkara utama bagi memastikan lembu-lembu itu tidak kesejukan. Bra tersebut akan dipakaikan apabila suhu menurun kepada -35 darjah celsius.

Perkampungan itu dikatakan perkampungan penduduk paling sejuk di bumi yang mendapat jolokan ‘Kutub Dingin’.

Difahamkan, suhu paling rendah pernah direkodkan adalah -67.7 darjah celsius pada tahun 1933.

Baca juga Kantoi ada wanita simpanan, bapa kandung sanggup langgar dan gilis anak

Iklan

Sementara itu, ini yang perlu korang tahu berkaitan perkampungan Oymyakon di Siberia, Russia;

1. Terkenal sebagai tempat paling sejuk dihuni manusia di dunia sehingga penduduknya sudah biasa makan daging beku, malah terpaksa membakar unggun api untuk memanaskan tanah beberapa hari sebelum mengebumikan mayat.

2. Oymyakon hanya beberapa kilometer dari Garisan Artik. Kawasan itu gelap gelita sehingga 21 jam sehari pada musim sejuk dengan cuaca purata sekitar -50 Celsius. Cuaca paling sejuk direkodkan di situ pada Februari 1933 iaitu -67.8 Celsius.

Iklan

3. Kebanyakan tandas terletak di luar rumah kerana paip dalaman sering beku.

4. Kereta pula disimpan di dalam garaj yang dipanaskan atau enjinnya dibiarkan hidup sepanjang masa.

5. Disebabkan tanahnya yang beku, penduduk tidak dapat bercucuk tanam. Biasanya makanan mereka daging rusa kutub atau ikan yang beku serta kiub ais darah kuda dimakan dengan makaroni antara makanan kegemaran penduduk.