Pelitup muka bernilai RM6.3 juta, milik seorang ahli perniagaan China

A
A
A

SEPERTI kita sedia maklum, seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku jika tidak dibendung dengan bijak.

Disebabkan itu jugalah negara kita malahan dunia kini mula menyeru orang ramai untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak sebagai langkah awal bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

Pastinya pelitup muka tiga lapisan menjadi pilihan dan sangat popular diguna pakai oleh orang ramai seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, penggunaan pelitup muka daripada fabrik juga boleh digunakan terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak bergejala.

Disebabkan itu juga kini timbul pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan yang direka mengikut kreativiti masing-masing.

Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan tujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan sambil menjadikannya satu sumber pendapatan akibat kini demandnya juga dilihat tinggi.

Namun, seperti kebiasaan pasti akan ada individu atau syarikat yang akan tambil membuat kelainan.

Perkara tersebut terbukti apabila sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah dilaporkan menghasilkan pelitup muka termahal di dunia!

Mana tidaknya, pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan bertatahkan berlian.

Pelitup muka bernilai RM6.3 juta, milik seorang ahli perniagaan China

Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lebih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia didakwa bernilai kira-kira sekitar USD1.5 juta (RM6.3 juta).

Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut.

Apa yang diketahui ialah ia daripada seorang ahli perniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.

Pelitup muka bernilai RM6.3 juta, milik seorang ahli perniagaan China

Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.

Senang cakap ada duit semua jadi! Betul tak?

Kredit: AP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang