ISNIN lalu, tular satu rakaman yang menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar
pesawat yang meninggalkan negara tersebut.

Menurut ciapan di Twitter Tehran Times baru-baru ini, dua mangsa yang terdesak untuk melarikan
diri dari Afghanistan itu terjatuh ketika pesawat berkenaan berlepas keluar dari Kabul.

Terbaharu, seorang pemain remaja pasukan bola sepak kebangsaan negara itu adalah salah seorang
mangsa yang jatuh dari pesawat tentera C-17 Amerika Syarikat tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Am Pendidikan Jasmani dan Sukan Afghanistan dalam satu kenyataan di media sosial semalam.

Menurut kenyataan itu, dengan penuh kecewanya dan sedih, pihaknya mendapat maklumat bahawa Zaki Anwari, salah seorang pemain bola sepak muda negara, telah terkorban dalam insiden yang mengerikan itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kenyataan tersebut turut mengatakan Anwari cuba berusaha untuk meninggalkan negara tersebut seperti tindakan ratusan pemuda lain dari negaranya.

Katanya, Anwari telah terjatuh dari pesawat tentera AS dan kehilangan nyawanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Badan Sukan Afghanistan menyatakan Anwari adalah antara beberapa warga Afghanistan lain yang terjatuh ketika terbang untuk mencari ‘masa depan’ yang lebih baik
di Amerika.

Ujarnya, mereka yang meninggal dan mati syahid dan didoakan semoga rohnya tenang dan sentiasa
dikenang.

Baca juga Pemenang perak Olimpik jual pingat RM525,000 demi nyawa seorang bayi

Terdahulu, sehari selepas Taliban menguasai ibu kota Afghanistan pada hari Ahad, ratusan orang telah melarikan diri ke landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul pada hari Isnin, nekad untuk mencari jalan bagi melarikan diri dari negara itu.

Iklan

Ketika pesawat C-17 hendak berlepas di landasan, terdapat beberapa warga Afghanistan dilihat
berpaut pada gear pendaratan.

Sumber: CNN