SELEPAS kejayaan awal mengawal penularan Covid-19 yang berjaya menarik perhatian dunia, Jepun kini sedang menghadapi kenyataan sukar berkaitan virus tersebut.

Jika sebelum ini Jepun berjaya mendapat perhatian dunia setelah dilaporkan dengan mudah mengawal gelombang pertama Covid-19 apabila negara itu hanya melakukan ujian yang terhad dan tanpa perintah sekatan, serta tiada peraturan memaksa perniagaan ditutup.

Namun kini mereka menghadapi kebangkitan luar biasa akibat kes Covid-19 mencapai angka tinggi hari demi hari sehingga Perdana Menterinya, Yoshihide Suga akhirnya terpaksa akur mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa.

Negara itu juga telah melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19 seperti apa yang dilapor Agensi Berita Xinhua.

Jangkitan yang mulanya hanya tertumpu di ibu kota, telah merebak ke kawasan bandar lain, sementara wilayah tanpa kes selama berbulan-bulan lamanya kini menjadi pusat penularan baharu.

Akibat kebimbangan penduduk kampung di Chikuzen, Fukuoka, Jepun, mereka mengambil keputusan untuk membina sebuah patung gorila gergasi bagi menghalau dan menakutkan virus Covid-19.

Penduduk Jepun bina gorilla gergasi untuk halau Covid-19

Mempunyai ketinggian 23 kaki, patung gorila itu dibina menggunakan jerami dan besi dibuat sebagai rangka.

Patung Gorilla itu juga mempunyai sepasang mata berwarna merah yang boleh menyala pada waktu gelap dan juga dikenali sebagai ‘Giant Straw Scarecrow Gorilla: Proud Gorilla 2020’ mengikut kepercayaan mereka.

Penduduk Jepun bina gorilla gergasi untuk halau Covid-19

Iklan

Sejak ia mula disiapkan pada Disember tahun lalu, patung itu telah menjadi daya tarikan pelancong yang mana ia menarik kehadiran ramai pengunjung ke kampung berkenaan bagi melihat dengan lebih dekat patung berkenaan yang kewujudannya semakin tular.

Penduduk Jepun bina gorilla gergasi untuk halau Covid-19

Menurut laporan dari Japan Today, penduduk tempatan memutuskan untuk membina patung berkenaan sebagai kepercayaan mereka dalam usaha menangkal wabak berjangkit ini daripada merebak dalam masyarakat.

Iklan

Penduduk kampung percaya, Gorila dipilih sebagai simbol kekuatan dan kekuatan mereka juga dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin berpanjangan.

Namun, menurut sumber, patung gorila itu bagaimanapun akan diturunkan sehingga hujung bulan ini atas alasan yang tidak dinyatakan.

Sumber : dailystar.co.uk