ELOKLAH kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan penetapan had tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Biarpun ada juga yang tak faham, tak boleh lebih daripada 250 orang tetamu ya…

Semuanya bersebab. Oleh itu, tolonglah patuh!

Dua hari lalu, bayangkan hanya selepas dua hari melangsungkan perkahwinan, seorang pengantin lelaki berusia 26 tahun menemui ajal akibat wabak Covid-19.

Hampir 100 orang daripada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumiannya turut dijangkiti virus koronavirus.

Menurut CNN, kejadian di timur India di Paliganj, Bihar itu disahkan oleh ketua pegawai perubatan di Patna, Kishore Chaudhary K.

Akibatnya seramai 400 orang tetamu majlis itu perlu menjalani ujian Covid-19 setelah kenduri berkenaan.

Menurut laporan, pengantin lelaki tersebut telah mengalami simptom sebelum majlis perkahwinannya pada 15 Jun.
Pegawai daerah di Paliganj, Surendra Kumar berkata, kondisi lelaki itu bertambah buruk selepas itu.

Keluarga mendiang telah membawanya mendapatkan rawatan, tetapi doktor tidak memanjangkan informasi gejala berkaitan kepada pihak berwajib daerah dan tidak menjalani saringan koronavirus.

“Keluarganya tidak memberitahu sesiapapun tentang kesihatannya yang buruk,” katanya Kumar.

Keadaan lelaki itu yang semakin serius selepas majlis perkahwinan menyebabkan keluarganya membawanya sekali lagi ke hospital berdekatan. Bagaimanapun mendiang rebah dan menemui ajal ketika dalam perjalanan.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India, sehingga kini terdapat 10,249 kes koronavirus di Bihar dan 70 kematian. India mencatatkan 604,641 kes koronavirus dan 17,834 kematian.

Iklan

Ambil pengajaran

Antara komen warganet di media sosial.

Lihat betapa mudahnya gejala ini merebak di lokasi orang ramai berhimpun. Moga kita mengambil pengajaran.

Berbalik cerita di negara kita, kerajaan baru-baru ini mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 Julai ini.

Iklan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.

Selain itu, jelas beliau kapasiti tetamu yang hadir adalah tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan.

Moga dipermudahkan urusan buat pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan yang dihadiri tetamu jemputan. -AG #janganputusasamalaysia