Pengantin paksa tetamu basuh pinggan sendiri selepas makan, amal konsep layan diri

Untitled design
Untitled design
A
A
A

SATU perkara aneh dan di luar jangkaan apabila menghadiri sebuah acara lebih-lebih lagi majlis perkahwinan dipaksa untuk membersihkan pinggan sendiri selepas makan.

Biarpun kedengaran janggal, tetapi itu merupakan pengalaman yang dikongsi oleh seorang wanita ketika beliau bersama beberapa tetamu lain terpaksa membasuh pinggan hidangan sebaik sahaja majlis selesai beberapa tahun lalu.

Menurut laporan The Mirror, wanita itu tidak menyangka kehadirannya ke majlis perkahwinan yang serba mewah itu akan memberinya pengalaman baharu dan sukar untuk dilupakan.

"Mungkin kerana pasangan pengantin telah banyak menghabiskan wang ke atas lokasi dan gaun pengantin wanita, disebabkan itu mereka kekurangan bajet dan mengambil keputusan untuk mengamalkan konsep layan diri.

"Lebih mengejutkan apabila jumlah hidangan makan malam tidak mencukupi untuk semua tetamu sehinggakan sebahagiannya terpaksa berlapar.

"Tidak dinafikan hidangan yang disediakan sedap dan kelihatan sungguh mewah, namun jumlahnya tidak mencukupi untuk semua yang hadir," kongsinya.

Wanita tersebut bersama sembilan lagi tetamu telah diminta oleh pihak keluarga pengantin untuk dibawa ke dapur bagi mencuci deretan pinggan kotor dan membuang sisa makanan.

Disebabkan bersimpati dengan nasib pengantin yang akan kehilangan wang pendahuluan sekiranya memulangkan pinggan kotor kepada katering, wanita itu tanpa banyak soal terus membersihkan pinggan tersebut bersama dengan yang lain.

Biarpun dirinya masih tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan berkenaan yang tidak menyediakan makanan mencukupi buat tetamu, tetapi beliau bersama suami dan teman baiknya tetap bersabar diperlakukan seperti itu.

Pada masa sama wanita itu turut mengatakan pasangan terbabit dikhabarkan berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang