Pengasuh kejam sanggup 'sumbat' steroid kepada bayi supaya tembam. 'Saya beri bila dia enggan makan tengah hari...'

No Image Caption
A
A
A

BAYI berisi atau chubby sering disangka sihat dan mendapat nutrisi yang mencukupi. Tetapi perbuatan pengasuh ini buat penulis beristighfar panjang. Tergamaknya menyuapkan ubat tanpa usul periksa hanya kerana mahu kanak-kanak dijaga gara-gara mahu bayi nampak comel dan tembam, sudah hilang akalkah?

Tidak sekejap penganiayaan dilakukan, si kecil itu 'diracun' selama setahun sehinggalah ibu si kecil berusia dua tahun itu membuat laporan polis.

Kejadian di Surabaya, Indonesia itu menjadi tular. Lapor Suara.com, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikesan memiliki moon face susulan kesan sampingan diberi ubat terkawal yang hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor.

Menerusi akaun Instagram ibu kanak-kanak malang itu, ibu berkenaan menunjukkan ubat dexamethasone (kortikosteroid) dan pronicy yang dibeli pengasuh secara dalam talian.

"Akhirnya, saya dapat menceritakan kisah sedih yang dihadapi. Semoga bermanfaat untuk keluarga yang lain..

"Semuanya bermula dengan perangai pengasuh secara diam-diam tanpa pengetahuan kami sebagai ibu bapa. Anak saya diberi ubat steroid sebagai penambah selera makan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Namun setelah diperiksa, ia dexamethasone dan pronicy yang merupakan ubatan terkawal dan kuat biarpun kepada orang dewasa.

"Tapi steroid ini diberikan kepada anak saya selama satu tahun, bayangkan," titip ibu pilu.

Ketika soal siasat, suspek memberitahu dia hanya memberikan streoid itu sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan. Lebih mengejutkan perbuatan itu telah dilakukan suspek selama satu tahun iaitu bermula dari September 2023 hingga Ogos 2024 tanpa diketahui ibu bapa.

"Saya memberinya steroid jika dia tidak mahu makan terutamanya pada waktu makan tengah hari, hanya sekali dalam sehari," kata pengasuh.

Jelas ibu kandung, impak diberikan steroid menjadikan hormon si anak menurun sehingga tidak mampu menghasilkan hormon kortisol sendiri.

No Image Caption

Lebih menyedihkan selepas sembilan hari ubat berkenaan dihentikan, hormon si kecil menjadi terlalu rendah hingga si kecil tidak mampu itu makan, minum dan hanya terbaring serta tidak mampu melakukan apa-apa.

Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah kesihatan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan diberi suntikan hormon kortisol.

"Nasib baik perkara ini terbongkar... jadi kami segera memberi rawatan yang betul kepada anak kami. Apa jadi kalau perkara ini tidak diketahui.

"Semoga kita sentiasa berwaspada sebagai ibu bapa dan menjadi pengajaran," kongsinya.

Difahamkan pengasuh berkenaan telah ditahan polis.

Warga maya tidak henti mendoakan agar si kecil itu pulih segera. Tidak kurang juga mengecam pengasuh berkenaan yang mengambil jalan pintas agar si kecil mampu berisi.

"Bahayanya ambil kortikosteroid dan antihistamin tanpa pengawasan. Please ibu-ibu jangan ambil jalan pintas supaya bayi berisi dan naik nafsu makan."

"Kejamnya pengasuh! Sama ada dia tahu ia bahaya atau tidak tidak wajar beri anak orang ubat-ubatan tanpa pengetahuan ibu bapa."

"Aduhai, moga cepat sihat wahai anak kecil. Aku yang bukan siapa-siapa ini melihatnya pun rasa patah hati."

Sumber: Suara.com,Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang