Sedihnya! 7 bulan dipinjamkan ALLAH, ibu reda Naura pergi sekelip mata. 'Rupanya limpa, usus, perut penuh kuman'

No Image Caption
A
A
A

SEORANG ibu tidak menyangka bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan pergi sekelip mata tanpa sebarang petanda.

Kata Syahierah Zainal, beliau benar-benar berasa kehilangan sementelah beberapa jam sebelum kejadian masih sempat mendodoikan si kecil Naura Ameena Muhammad Yusri sehingga tertidur kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 10 hingga 11 malam bapa, Muhammad Yusri melihat si kecil itu tidak sedarkan diri dan membiru.

"Ketika bapanya hendak tidurkan abang, beliau nampak Naura di tempat yang sama.

"Suami lihat Naura tidak begerak dan badannya sudah biru. Suami angkat Naura sudah lembik. Ketika itu suami menjerit "Ma anak dah biru!". Saya seperti orang gila, meminta tolong daripada jiran-jiran," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pada jam 11.20 malam pasangan itu membawa anak kedua mereka ke klinik dan doktor mengesahkan Naura sudah tiada.

"Gelap dunia mama. Dalam masa sejam sahaja ALLAH ambil Naura. Awak pergi begitu sahaja dan sekelip mata.

"Saya tidak mendengar tangisan Naura, malah sedikit pun arwah tidak menunjukkan simptom.

"Sakitnya saya saya untuk menerima (ketentuan) ini. Saya mula salahkan diri kerana saya orang terakhir yang mendodoikan Naura. Saya fikir dia tersedak susu atau lemas disebabkan saya dan rasa sangat bersalah," kongsi Syahierah.

Namun tekaan Syahierah sama sekali meleset. Beliau bukan asbab bayinya meninggal dunia kerana post mortem mayat menunjukkan punca sebaliknya.

"Kami tunggu hingga jam 4 pagi dan polis datang. Jam 5 pagi kami sampai di bilik jenazah forensik.

"Saya kena balik tinggalkan Naura di Jabatan Forensik. Kira-kira jam 8.30 pagi pegawai penyiasat menelefon minta saya dan suami ke sana.

"Jasad Naura melalui prosedur postmortem untuk mengetahui punca kematian.

"Pada mulanya saya tidak mengizinkan kerana tidak mahu jasad bayi disakiti. Namun saya kemudian akur kerana pengawai penyiasat dan doktor berkeas. Pegawai penyiasat mengambil kenyataan kami," kongsinya.

No Image Caption

Hampir enam jam dibedah siasat, Syahierah terkedu apabila doktor memaklumkan kematian anak keduanya bukan disebabkan tersedak susu namun kerana jangkitan kuman.

"Apabila keputusan esult autopsi dikeluarkan, doktor menerangkan kepada kami satu persatu.

"Doktor memaklumkan Naura 'pergi' bukan disebabkan lemas atau tersedak susu. Namun pihaknya mendapati terjumpa benda pelik di dalam badan Naura," kongsinyya.

Siapa sangka dalam keadaan sihat dan ceria, tubuh anak kecil itu telah mengalami jangkitan kuman.

"Naura disahkan mengalami jangkitan kuman yang mana limpa, usus dan perut penuh dengan kuman.

"Anak kecil itu pergi mungkin disebabkan infection tersebut. Mama tak sangka sangat sebab awak sihat, awak gemuk, ceria, awak kuat senyum, langsung takde tanda-tanda awak sakit," kongsinnya.

Ulas Syahierah, kejadian yang menimpa anak kecilnya itu adalah masalah ganjil dan jarang berlaku.

"Naura tidak demam mahupun batuk manakala najisnya juga okay.

Doktor juga tidak dapat mengesan punca kuman berkenaan bersarang dalam tubuh Naura.

No Image Caption

"Tidak dapat dikesan kuman berkenaa dari mana, kuman jenis apa atau sejak bila kuman berkenaan ada (wujud).

"Doktor berkata, kes Naura kes kematian Naura jarang berlaku.

"Sampel kuman dihantar ke makmal dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk mengetahui keputusannya.

"Dalam sijil kematian tertulis punca kematian ialah pending analysis," kongsinya.

Tiada kesakitan ditanggung Naura saat kematiannya, ujar Syahierah menzahirkan sedih namun dalam masa yang sama mengambil hikmah pemergian anak yang disayangi yang pergi selamanya dalam keadaan tidur.

"Apabila saya mendengar kata doktor, saya berasa lega kerana pemergian Naura bukan dalam keadaan terseksa.

"Awak pergi masa tidur, dalam diam dan tanpa rasa sakit. Awak betul-betul tidak mahu menyusahkan mama papa.

"Tak mahu mama papa tengok awak 'pergi'. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas tetapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit nak," katanya.

Detik yang memilukan ialah ketika menguruskan jenazah Naura.

"Prosedur bedah siasat selesai dan jasad Naura sudah boleh dimandikan.

"Suami dan bapa tidak membenarkan saya melihat jenazah Naura selepas dibedah kerana bimbang saya akan pitam lagi. Namun apabila dilihat jasad Naura sempurna jahitannya.

"Muka awak macam awak tengah tidur wahai anak. Mama dan papa seperti biasa memandikan, cuma kali nidalam kadaan awak sudah tidak bernyawa," luah Syahierah.

Biarpun tidak bersedia menerima kehilangan si kecil, Syahierah dan suami sempat menyempurkana jenazah anak syurga mereka.

"Mama dan papa mengkafankan awak sebagai fardu kifayah yang terakhir. Mama cium awak buat kali terakhir, sangat wangi. Wajah anak syurga bersih dan suci.

"Sewaktu kami menghantar kamu ke negeri abadi, Alhamdulillah mama cuba sebaik mungkin menyempurnakan amanah mama ini," kongsinya.

Mengakui sukar menerima kenyataan anak yang disayangi pergi sekelip mata, Syahierah mengakui belum cukup untuk mencurahkan kasih sayang kepada permata hatinya.

"Tujuh bulan sahaja ALLAH pinjamkan, mama tidak puas lagi menggomol Naura.

"Perit sangat mama untuk menerimanya (ketentuan) ini namun mama reda melepaskan.

"Mama terima qada dan qadar ALLAH. Bermainlah dengan kawan-kawan di syurga. Lega apabila mama tahu awak bahagia dekat sana. Doakan mama agar kuat

Kamu akan selalu berada dalam hati mama, papa dan Abang Noah. Selamat jalan wildan syurga," titip Syahierah.

Perkongsian wanita itu tular hingga meneruma 15,000 perkongsian dan 12,000 reaksi daripada warganet.

Rata-rata meluahkan rasa sayu dan pilu di samping mendoakan agar keluarga berkenaan agar terus tabah.

"Peritnya sebuah kehilangan. Saya kematian kucing pun sudah perit, inikan pula anak sendiri. Takziah buat puan sekeluarga, moga terus kuat, aamiin."

"Allahuakbar anak syurga ini sebaya dengan anak saya. Salam takziah sis, semoga tabah."

"Tidak kuat untuk saya membacanya namun puan sekeluarga sangat hebat kerana diuji sebegini. Salam takziah."

"Tabah dan kuatkan hati, ikhlaskan pemergian arwah Naura..Syurga buatnya. Moga suatu hari nanti mama papa dapat berjumpa Naura di alam sana."

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang