Penjara di England sediakan televisyen, sofa dan alat muzik untuk banduan. Ini 12 buah jel lagi yang bertaraf 'kayangan'

Untitled design - 2022-04-04T154202.373
Untitled design - 2022-04-04T154202.373
A
A
A

KEHIDUPAN di penjara bukanlah seperti menginap di hotel. Penjara adalah satu tempat untuk mengajar atau menghukum seseorang daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Itu sebab lokasi itu sering digambarkan dengan situasi yang muram seperti bilik yang gelap dan sempit.

Membayangkan sahaja sudah rasa menyeksakan, apatah kalau dihumban ke sana.

Namun, berbeza pula dengan penjara di HMP Cookham Wood, Rochester, Kent, England.

Mereka bertindak di luar kotak apabila menyediakan kemudahan televisyen skrin lebar, sofa yang selesa dan alat muzik untuk para banduan.

Baca juga Bermalam di rumah bot eksklusif, lima pilihan hotel bergerak cetus idea percutian lebih privasi dan selamat

Merujuk artikel The Sun, institusi itu menempatkan kira-kira 190 pesalah lelaki berumur 15 hingga 18 tahun.

"Di penjara ini, terdapat kemudahan bilik yang merangkumi peralatan seperti pemain DVD, enam buah gitar elektrik dan akustik serta dinding bercorak segi tiga yang menarik,” kata seorang sumber kepada The Sun.

Kata beliau lagi, pendekatan sebegitu diharapkan para banduan akan berubah menjadi insan yang baik jika dilayan dengan fasiliti yang disediakan.

Berdasarkan rekod, kebanyakan pesalah dihukum kerana jenayah kekerasan dan kesalahan dadah. Segelintirnya langsung tidak pernah berasa kesal.

Justeru, ruang istirehat khas itu hanya dikhususkan untuk banduan yang berkelakuan baik sahaja.

Dalam artikel sama, The Sun melaporkan bahawa Cookham Wood sebelum itu beroperasi sebagai penjara wanita dan pernah memenjarakan pembunuh bersiri, Moors Myra Hindley.

Baca juga 12 program menarik hiasi kalendar seni Istana Budaya 2022

"Hindley dan kekasihnya Lan Brady membunuh lima kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun pada tahun 1960-an. Kemudian, penjara itu telah ditukar kepada penjara juvana lelaki pada tahun 2007,” kata sumber.

Hmmm...melihat kepada penjara Cookham Wood, sebenarnya terdapat beberapa penjara lagi yang mewah.

Laman web https://www.scoopwhoop.com/ menyenaraikan 12 lagi penjara yang selesa untuk para banduan di seluruh dunia:

1. Bastoy Prison, Norway

2. HMP Addiewell, Scotland

3. Otago Corrections Facility, New Zealand

4. Justice Center Leoben, Austria

5. Aranjuez Prison, Spain

6. Champ-Dollon Prison, Switzerland

7. JVA Fuhlsbuettel Prison, Germany

8. Sollentuna Prison, Sweden

9. Halden Prison, Norway

10. Cebu Prison, Philippines

11. San Pedro Prison, Bolivia

12. Pondok Bambu Prison, Indonesia

Malaysia setakat ini, belum wujud kategori penjara bertaraf kayangan.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang