Pilih briefcase jadi suami, jatuh cinta 5 tahun lalu

Pilih briefcase jadi suami, jatuh cinta 5 tahun lalu
December 16, 2020
Oleh Faizul Hakimi

HIDUP berpasangan adalah fitrah alam dan setiap sesuatu kejadian itu dilengkapi dengan pasangan masing-masing, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.

Begitu juga dengan manusia. Melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Iklan

Namun lain pula yang berlaku apabila seorang wanita muda berusia 24 tahun dilaporkan telah ‘bercinta’ dengan sebuah briefcase dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

Wanita muda yang dikenali sebagai Rain Gordon mula tertarik dengan ‘suaminya’ yang kini diberi nama Gideon itu sejak 5 tahun lalu ketika dia membeli barangan prop untuk kegunaan sesi penggambaran.

Gideon dilihat sangat menarik di mata wanita Rusia tersebut sejak pertama kali bertemu membuatkannya membeli suitcase tersebut.

Iklan

Rain Gordon juga percaya setiap benda yang ada di sekelilingnya ada jiwanya yang tersendiri termasuk Gideon yang mana ia mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang di awal pertemuan.

“Saya jatuh cinta dengan fizikal Gideon yang berwarna silver, logam dan berkilat,” ujar wanita ini.

Wanita yang bekerja sebagai guru tadika ini turut mengakui pada usia remajanya dia pernah jatuh cinta dengan pusat beli-belah yang dibuka di bandar tempat tinggalnya.

Namun, dia tahu orang lain akan anggap ia satu yang pelik, jadi dia tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu dan merahsiakannya sehingga ke hari ini.

Rain Gordon mula ‘bercinta’ dengan Gideon pada November tahun sama dia membelinya dan berkahwin pada Jun tahun ini. Dia sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan briefcase.

Sementara itu, menurut sumber, Rain Gordon juga mengaku pernah menjalin hubungan dengan lelaki satu masa dahulu, namun, dia lebih bahagia dan selesa dalam hubungannya dengan objek.

Pada tahun 2017, dia mempunyai hubungan dengan seorang lelaki, tetapi mengatakan dia tidak dapat berhubungan dengan pasangannya seperti yang dia lakukan dengan Gideon.

Pelik bukan? Namun itulah hakikat dan kisah hidup aneh seorang wanita yang menikahi sebuah briefcase.

About Faizul Hakimi

 
Iklan