KISAH perogol bersiri kelahiran Jambi, Indonesia, Reynhard Sinaga pernah menggemparkan seluruh dunia selepas penahanannya pada tahun 2017 lalu.

Reynhard ditangkap oleh pihak polis Britian di kediamannya yang terletak di Princess Street, Manchester.

Kes perbicaraan Reynhard dilakukan secara tertutup manakala pihak perundangan juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isi pembicaraan kepada media.

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun ditahan, pihak polis kemudiannya mendedahkan wajah Reynhard yang mengalami bengkak dan kesan lebam akibat dibelasah oleh mangsanya.

Wajah Reynhard bengkak dan lebam akibat dipukul oleh salah seorang mangsanya yang dipercayai seorang atlet.

Difahamkam, mangsa yang merupakan seorang atlet bertindak memukul Reynhard sebaik sahaja dirinya tersedar selepas diberikan minuman bercampur ubat tidur.

Tindakan polis yang mendedahkan wajah Reynhard itu dilakukan kira-kira selepas setahun dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Menurut catatan, difahamkan lebih 200 individu lelaki telah menjadi mangsa pelempias nafsu Reynhard sepanjang tempoh 2015 hingga 2017.

Mangsa dikatakan akan diajak ke kediamannya dengan alasan untuk minum minuman alkohol.

Tanpa sedar minuman tersebut telah dicampurkan dengan ubat tidur dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri selepas meminumnya.

Tidak hanya memperkosa, Reynhard turut merakam aksi biadab tersebut dan menyimpan beberapa video mangsa di dalam telefon bimbitnya.

Iklan

Bukti tersebut lantas membuatkan dirinya berjaya diberkas pihak polis.

Bagaimanapun pada peringkat awal Reynhard menafikan perbuatan keji itu dengan alasan mereka melakukan hubungan intim kerana suka sama suka.

Namun, setelah disiasat, beberapa lelaki mengakui mengalami memori aneh sebaik sahaja keluar dari rumah Reynhard.

Iklan

Setelah dibicarakan di mahkamah, Reynhard kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram