KEMENANGAN pasukan Argentina pada Piala Dunia 2022 baru-baru ini. Lionel Messi yang diibaratkan ‘nadi’ pasukan itu menjadi lubuk gol dan pencetus kemenangan.

Bersaksikan 88,966 penonton di Stadium Lusail, Qatar, Argentina dinobatkan juara apabila merakamkan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 setelah tamat masa tambahan.

Meraih mata kemenangan momen manis kejayaan yang paling epik, pemenang Bola Emas mengabadikan foto ikonik menjulang dan mencuim trofi kejohanan berprestij itu di laman sosial Instagram.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah tanda suka dicatat melebihi 67 juta!

“Juara dunia!!!!!!!”

“Terima kasih banyak kepada keluarga saya, kepada semua orang yang menyokong saya dan kepada semua orang yang percaya kepada kami. Kami menunjukkan sekali lagi  dengan bersatu dan berjuang bersama, Argentina boleh mencapai sasaran,” titip beliau pada ruangan kapsyen foto yang dimuat naik.

Baca juga: Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi

Baca juga: Pasukan Argentina mara ke final Piala Dunia 2022, 10 fakta wanita perlu tahu

Sky Sports melaporkan jumlah tanda suka tersebut adalah paling banyak di Instagram ketika ini sekali gus memecah rekod di Instagram.

Jumlah ‘like’ yang diterima pada hantara Messi telah mengalahkan gambar telur yang dimuat naik oleh akaun @world_record_egg. Foto telur berkenaan kini mempunyai  57,644,087 juta tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Egg Gang 🌎 (@world_record_egg)

Baca juga: Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 303 juta followers Instagram

Berikut adalah senarai 10 hantaran Instagram yang meraih like paling banyak setakat ini. Paling menarik, lima daripadanya adalah milik Messi:

1.Foto paling epik, legenda bola sepak Messi menjulang trofi Piala Dunia.

2. Foto sebiji telur. Akaun Instagram @world_record_egg memulakan kempen pada 5 Januari 2019 untuk mencipta rekod dunia hantaran paling disukai di Instagram

 

3. Hantaran Instagram Ronaldo yang memaparkan beliau dan Messi bermain catur untuk kempen pengiklanan Louis Vuitton.

4. Lionel Messi bergambar bersama trofi Piala Dunia.

5. Ronaldo dan pasangannya mengumumkan kehamilan anak kembar.

Iklan

6. Hantaran Instagram Messi yang menunjukakn beliau dan Ronaldo bermain catur bagi kempen pengiklanan Louis Vuitton.

7. Hantaran Instagram Cristiano Ronaldo meninggalkan padang selepas Portugal tewas menentang Maghribi dan tersingkir daripada Piala Dunia.

8. Catatan Instagram terakhir penyanyi rap  XXXTentacion sebelum kematiannya pada Jun 2018.

Iklan

9. Messi meraikan kemenangan menentang Croatia dalam Piala Dunia 2022.

10. Penyanyi Ariana Grande berkahwin dengan Dalton Gomez.

Sumber: CNN Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.