SEKURANG-KURANGNYA 50 orang cedera dan 950,000 buah rumah terputus bekalan elektrik akibat satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 menggegar pantai timur Jepun pada 13 Februari lalu.

Perkara yang paling dibimbangkan penduduk ekoran gempa yang kuat tersebut pastinya adalah ancaman tsunami seperti yang terburuk pernah berlaku sekitar tahun 2011.

Namun, sehingga hari ini belum ada sebarang amaran tsunami dikeluarkan, mengikut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Memetik laporan agensi meteorologi Jepun berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 11.08 malam waktu tempatan di kedalaman 60 kilometer (km) Laut Pasifik, tidak jauh dari Fukushima yang pernah menjadi pusat gempa pada tahun 2011 dan mengorbankan lebih 18,000 orang serta menyebabkan tsunami.

#PrayForJapan Penduduk Jepun bimbang tsunami 2011 berulang susulan gempa kuat!

Gempa bumi itu juga didakwa merupakan gegaran susulan selepas 10 tahun kejadian “Great East Japan Earthquake”, iaitu yang gempa bumi dahsyat pada tahun 2011 yang menyebabkan tsunami dan kebocoran plant nuklear di Fukushima.

Operator tapak nuklear Fukushima, TEPCO dalam Twitter melaporkan pihaknya sedang memeriksa status kemudahan itu yang musnah dalam susulan tsunami tahun 2011.

Perkhidmatan kereta api di Jepun dilaporkan turut menghentikan operasi selepas gempa bumi berlaku.

#PrayForJapan Penduduk Jepun bimbang tsunami 2011 berulang susulan gempa kuat!

Namun, apa yang menarik, sebelum gegaran gempa bumi benar-benar berlaku, Jepun sudah awal lagi, iaitu seawal 80 saat mengesan gempa bumi tersebut, dan menghantar  “notification alert” semua penduduk di Jepun!

Hebat bukan teknologi mereka? Bagaimana ianya dilakukan?

Untuk pengetahuan, Jepun mempunyai teknologi pengesan gempa bumi paling canggih di dunia yang dipanggil “seismic-isolation system”.

Teknologi itu berfungsi dengan mengesan P-wave iaitu gegaran awal gempa bumi yang biasanya tak berbahaya dan mempunyai gelombang yang pendek (short wavelength).

Dengan pengesanan P-wave, Jepun boleh mengira pusat gegaran (epicenter) dan menghantar amaran awal gempa bumi kepada semua penduduk Jepun.

Gelombang kedua, S-wave (gelombang lebih panjang) yang lebih berbahaya dan “destructive” tiba selepas itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang boleh dibuat dalam masa 80 saat?

Iklan

Ya! Banyak perkara yang boleh dibuat dalam tempoh jangka masa tersebut jika kita telah dilatih dan didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan lebih awal.

#PrayForJapan Penduduk Jepun bimbang tsunami 2011 berulang susulan gempa kuat!

Cebagai contoh, dalam tempoh 80 saat, kereta yang bergerak di jalan raya boleh berhenti. Sementara yang berada di rumah, boleh cari tempat perlindungan (head cover), yang tengah buat pembedahan di hospital boleh berhenti dan keretapi laju shinkansen juga boleh berhenti dari operasi.

Seperti apa yang pernah berlaku pada March 2011 seismometer di Pulau Kinkazan telah mengesan gelombang gempa bumi dan menghantar isyarat “emergency break” kepada 27 keretapi laju.

10 saat selepas itu, gempa bumi dasyat dengan magnitud 8.9 telah melanda Jepun diikuti dengan tsunami.

Iklan

Walaupun bencana ini mengorbankan banyak nyawa di seluruh Jepun, tetapi hanya 1 shinkansen sahaja dilaporkan mengalami kemalangan.

Jepun tidak boleh lagi untuk disangkal merupakan adalah negara yang sangat fragile dengan bencana alam.

Tambahan pula Jepun antara negara yang terletak di Lingkaran Berapi Pasifik, kawasan kerap dilanda gempa bumi yang merangkumi sebahagian Asia Tenggara. Namun, mereka tidak berserah begitu saja.

Teknologi dan segala sumber yang ada digunakan untuk Jepun terus ‘bertahan’. Jadi, sama-sama kita doakan agar masyarakat di sana mampu menghadapi bencana ala mini dan berharap kejadian buruk seperti tsunami besar yang berlaku pada tahun 2011 tidak berulang.

#PrayForJapan