Profesor temui virus Ebola beri peringatan berkemungkinan ada virus baharu bakal menyerang dunia selepas Covid-19

A
A
A

SEORANG profesor yang terlibat dalam proses penemuan virus Ebola pada tahun 1976 menyatakan bahawa dunia bakal berhadapan dengan satu lagi virus yang akan menyebabkan kematian selepas wabak Covid-19 melanda.

Daily Mail melaporkan, Prof Jean-Jacques Muyembe Tamfum berkata, virus baharu tersebut mempunyai potensi untuk menular dari hutan hujan Afrika.

Prof Jean-Jacques Muyembe Tamfum.

“Kita sekarang berada di dunia yang mana patogen baharu akan keluar dan itulah yang akan menjadi ancaman bagi manusia.

“Patogen baharu berkenaan dijangka dapat merebak secepat Covid-19 tetapi mempunyai kadar kematian 50 hingga 90 peratus seperti virus Ebola,” katanya.

Tamfum turut memberi amaran, lebih banyak lagi penyakit zoonotik yang bakal muncul berpunca daripada haiwan dan akan menjangkiti manusia pada masa akan datang.

Pakar-pakar lain juga berpendapat bahawa peningkatan jumlah virus yang muncul adalah hasil daripada kemusnahan habitat haiwan dan pemerdagangan hidupan liar.

Buktinya, penyakit sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS), sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) dan virus Covid-19 adalah semua virus yang dikaitkan dengan haiwan dan kemudian menjangkiti manusia.

Dalam pada itu, menurut kajian daripada seorang profesor epidemiologi penyakit berjangkit di University of Edinburgh, Mark Woolhouse, spesies virus baharu ditemui pada kadar tiga hingga empat tahun.

“Haiwan hidup di pasar basah menimbulkan ancaman yang lebih besar dan 'penyakit X' mungkin ‘bermula’ yang akan melibatkan salah satu haiwan di sana.

“Para saintis sebelum ini turut mengkaji dengan menghubungkan pasar basah dengan penyakit zoonosis kerana kedua-dua penyakit, selesema burung dan SARS muncul disebabkannya,” beritahu beliau lagi.

Sumber: dailymail.co.uk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang