KEBANYAKAN  orang Asia matanya berwarna iris coklat hingga kehitaman.

Namun, unik bagi penduduk di Desa Kaimbulawa, Kabupaten Siompu Timur, di Pulau Siompu, Sulawesi Tenggara kerana sebahagian daripada mereka memiliki mata biru yang menyerupai mata orang-orang Eropah.

Kebanyakkan mereka berkulit coklat gelap namun mempunyai mata biru terang yang indah, sukar dijumpai di kalangan penduduk di pulau lain.

Menurut portal Phinemo.com, berita ini mula diketahui umum pada tahun 2016 ketika La Ode Yusrie membuat penyelidikan di Pulau Siompu.

Dikatakan, mengikut cerita penduduk kampung, penduduk bermata biru merupakan keturunan daripada orang Portugis yang pernah menduduki pulau tersebut.

Ketika orang Eropah bersaing untuk mengawal rempah-ratus dunia, pelaut Portugis menjadikan Pulau Siompu sebagai tempat persinggahan sebelum menuju ke Maluku.

Semasa di pelabuhan ini, orang Portugis berkawan baik dengan penduduk tempatan. Dikatakan beberapa lelaki Portugis telah berkahwin dengan gadis Siompu sehingga melahirkan anak.

Pulau Siompu, sebuah desa unik di Indonesia yang penduduknya bermata biru

Kisah ini terkandung dalam naskah kuno dari Kesultanan Buton Kanturuna Mohelana yang bermaksud Pelitanya Pelayaran.

Selain itu, dikatakan juga bahawa pada abad ke-16 seorang pemimpin kapal Portugis telah mengahwini seorang gadis bangsawan dari Pulau Siompu ini, bernama Waindawula.

Artikel berkaitan: Jamu selera cara alfresco dalam gelembung plastik trend baharu warga New York

Daripada hasil perkahwinan ini, lahirlah anak-anak campuran yang mempunyai fizikal Asia tetapi berwarna mata biru seperti orang Eropah.

Iklan

Namun, tidak semua menyukai orang-orang Asia yang bermata biru ini.

Mengikut cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, sejak Portugis dan tanah Nusantara berada di bawah kawalan India Belanda, anak campuran ibu bapa asli dan asing dipandang rendah.

Bagi Belanda, orang asli adalah orang rendah yang tidak setaraf dengan mereka. Bagi orang asli, kanak-kanak campuran adalah darah pengkhianat.

Akibat daripada stigma negatif ini, anak-anak campuran melarikan diri ke beberapa kawasan seperti Liya (Kabupaten Wakatobi), Ambon, ke Malaysia.

Akibatnya mereka lebih suka tinggal di hutan atau kebun dan mengelakkan jalan yang sibuk untuk sampai ke suatu tempat.

Iklan

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini, stigma negatif mula hilang. Kumpulan penduduk dengan mata biru mula terbuka kepada orang ramai.

Pulau Siompu, sebuah desa unik di Indonesia yang penduduknya bermata biru