Rakaman kebakaran Tunjungan Plaza tular, berikut tip keselamatan ketika kebakaran
SEMALAM tular satu video di laman sosial Twitter memaparkan kebakaran pusat membeli-belah Tunjungan Plaza di Surabaya.
Menurut Detiknews, kejadian berlaku pada petang Rabu, kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.
Sebanyak 10 buah jentera pemadam api serta tiga jentera bronto skylift dikejarkan ke lokasi.
Pengarah Pemasaran Kumpulan Pakuwon, Sutandi Purnomosidi berkata, keadaan di dalam Tunjungan Plaza dalam keadaan terkawal.
Baca juga: Macau Scam Masih Berleluasa! 6 Tip Elak Penipuan Menerusi Panggilan Telefon
“Kebakaran disebabkan oleh berlakunya litar pintas di tingkat 12. Kemudian, api menjalar ke bawah,” ujarnya.
Akibat daripada kebakaran tersebut, pusat membeli-belah itu terpaksa ditutup buat seketika.
“Waktu perniagaan Tunjungan Plaza tidak dapat lagi dinyatakan kerana masih menunggu hasil pemeriksaan oleh Labfor Polrestabes Surabaya.
“Diharapkan setelah pemeriksaan oleh Labfor Polrestabes Surabaya, Tunjungan Plaza dapat memulakan operasi seperti biasa.
“Namun, kita harus utamakan keselamatan terlebih dahulu dan sekiranya segala pemeriksaan telah selesai, ia akan beroperasi seperti biasa,” katanya.
Tambahnya lagi, tiada mangsa terkorban dilaporkan akibat kebakaran.
TIP KESELAMATAN BERDEPAN SITUASI KEBAKARAN
Tidak dapat membayangkan sekiranya kita terlibat di dalam kebakaran, pasti pelbagai perasaan mulai timbul.
Justeru, SinarPlus pada kali ini ingin berkongsi mengenai tip keselamatan ketika kebakaran yang boleh dilakukan.
1. Ketahui laluan kecemasan dan pastikan laluan tersebut tidak dikunci. Jika dikunci, minta kepada pengawal keselamatan atau pihak bertanggungjawab terhadap bangunan tersebut untuk membuka laluan itu.
Namun, sekiranya mereka ingkar, aduan boleh dibuat kerana gagal mengikuti panduan asas keselamatan ketika kebakaran.
2. Hubungi talian kecemasan 999 dengan segera.
3. Sekiranya arahan kebakaran dikeluarkan, segerakan langkah meninggalkan bangunan tersebut.
4. Namun, sekiranya asap mula memenuhi ruang, bergerak dalam keadaan merangkak menuju ke pintu keluar yang berdekatan.
5. Jangan menggunakan lif ketika kebakaran.
6. Sekiranya hanya ada tandas sebagai ruang untuk menyelamatkan diri, basahkan pakaian atau apa sahaja yang boleh dibasahkan. Kemudian letakkan kain basahan tersebut antara ruang pintu untuk menghalang asap masuk.
7. Basahkan pintu, tingkap, dinding dan gunakan kain basah untuk diletakkan di mulut dan hidung.
8. Jangan bertindak untuk memecahkan tingkap kerana ia lebih berbahaya.
9. Kekal tenang dan tunggu pasukan keselamatan tiba untuk menyelamat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Detiknews, Thebetterindia
Kredit foto: Youth Suara Surabaya
Baca juga: Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Berikut 6 Tip Yang Dikongsikan Doktor
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang