SIAPA tidak mengenali TikToker Khaby Lame. Sesiapa sahaja pasti pernah menyaksikan video-videonya melintasi For Your Page (FYP) di laman sosial itu. Dengan gaya tangan dan mimik muka bersahaja, pemuda berusia 21 tahun itu membuatkan ramai terhibur.

Video Khaby memaparkan kesusahan sesetengah pengguna yang sukar melaksanakan sesuatu diikuti penyelesaian mudah olehnya. Justeru, tidak hairanlah kini dia telah mengumpul lebih 116 juta pengikut.

Baru-baru ini Khaby digubah menjadi kek oleh seorang penata rias kek bernama Emilie dari Perancis.

Gabungan beberapa tingkat kek yang disaluti lapisan aising dan kemudiannya diliputi lapisan fondant itu benar-benar menyamai wajah sebenar TikToker Itali itu.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah, Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Malah gubahan menggunakan fondant itu berjaya membentuk bibir dan tangan Khaby kelihatan ‘real’!

Video time lapse berdurasi 13 saat berkenaan asalnya dikongsikan di saluran Youtube Heaven Cake menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Apa yang melucukan, rata-rata netizen berkata mereka menunggu ‘twist’ dan penyelesaian daripada Khaby memandangkan kek tersebut benar-benar menyamai fizikal Khaby yang sebenar.

– “Real macam Khaby.”

– “Bibir itu sama sangat.”

Iklan

– “Kali ini tiada penyelesaian daripada Khaby…”

– “Mimik muka nya tu, sebijik.”

Iklan

Meninjau saluran Youtube Emilie, wanita berkenaan turut menghasilkan banyak kek yang diinspirasikan daripada selebriti lain seperti pelbagai TikToker Nathan Davis Junior, pemain bola sepak, Lionel Messi dan Karim Benzema.

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Heaven Cake