BAYANGKAN apa perasaan kita apabila sesat di tengah laut dan terapung seorang diri.

Pasti kita rasa takut yang teramat, rasa nyawa seperti di hujung tanduk dan pada masa, buntu mencari daratan untuk menyelamatkan diri? Semua perasaan itu bercampur-baurkan?

Itu belum fikir ada ikan pemangsa seperti jerung yang akan membaham kita pada bila-bila masa.

remaja tercampak di tengah laut

Apa yang diperkatakan tadi bukan susunan plot fiksyen sebelum drama, tetapi kejadian yang betul-betul berlaku kepada seorang remaja lelaki yang ditemui terapung seorang diri di tengah-tengah laut lebih 3 jam.

Ya! Lebih 3 jam terapung sampaikan semua jarinya kecut.

Kisah benar tersebut yang berlaku di Kepulauan Seribu, Indonesia telah menggemparkan penduduk setempat.

Lapor tribunnews.com, Ridho Ilhami ditemui terumbang-ambing seorang diri di perairan itu sebelum diselamatkan pasukan tentera laut negara republik berkenaan.

Sebelum kejadian, pasukan yang sedang melakukan rondaan berkala itu menemui objek di tengah laut dan cuba mendekatinya untuk menyiasat lebih lanjut.

remaja tercampak di tengah laut

Alangkah terkejutnya apabila melihat remaja berusia 14 tahun itu sedang berenang tanpa hala tuju dan keadaannya panik melihat bot peronda menghampirinya.

Remaja berkenaan cuba untuk melarikan diri, barangkali beliau cuak dan takut didatangi pasukan lengkap bersenjata.

Video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan pasukan tentera yang terkejut melihat remaja berkenaan seorang diri dan segera menyelamatkannya.

remaja tercampak di tengah laut

Apabila ditanya sama ada beliau dibuang atau dicampak? Remaja tersebut dengan keadaan termengah-mengah spontan berkata, dirinya telah dicampak!

Iklan

Mangsa kemudiannya dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa sebelum ditemukan dengan keluarganya semula.

Baca juga Ditinggalkan seorang diri di hospital oleh keluarga angkat, hidup remaja ini berubah selepas…

Aduhai. Nasib baiklah ada yang nampak dan menyelamatkannya. Tidak boleh digambarkan jika mangsa tidak ditemui, malah tiada sesiapapun menyedari kehilangannya.

Menerusi satu laporan lain, difahamkan remaja tersebut sedang menaiki bot laju dari Kronjo Banten untuk pulang ke Pulau Harapan sebelum dikatakan terjatuh.

remaja tercampak di tengah laut

Iklan

Apa yang membuatkan warganet musykil, kenapa pemandu bot laju berkenaan tidak berpatah balik untuk menyelamatkan mangsa?

Adakah mangsa benar-benar terjatuh atau ada yang menolaknya?

Nasib baiklah remaja tersebut pandai berenang dan cuba untuk mencari daratan dalam keadaan lemah.

Lagi menjadi perbualan hangat warganet, jika terlambat diselamatkan, tidak mustahil menjadi mangsa jerung.

Apapun, remaja tersebut sudahpun selamat bersama keluarganya. Moga kejadian sama tidak berulang lagi.