Remaja lahirkan anak dakwa dihamilkan makhluk halus

Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut
Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut
A
A
A

PERKARA seperti diganggu makhluk halus kadang-kadang boleh membuatkan kita meremang bulu roma dan berasa seram.

Percaya atau tidak, sesungguhnya di muka bumi ini juga ada makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun lain kejadian yang terjadi terhadap seorang remaja perempuan di Jawa Timur, Indonesia ini.

Dia mendakwa diperkosa oleh makhluk halus sehingga melahirkan seorang bayi.

Suara.com melaporkan, menurut polis, keluarga remaja itu membuat laporan bahawa bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai bapa dan dihamil oleh makhluk halus.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Uri bayi

Namun, pihak polis mengesyaki ia adalah sekadar satu percubaan menutupi kes sumbang mahram yang berlaku dalam keluarga tersebut.

Kata polis, ketika siasatan dijalankan, nenek mangsa turut memberitahu cucunya hamil kerana dirogol makhluk halus ketika bermain di pinggir kampung.

Baca juga Smartwatch selamat nyawa pemuda, hubungi ambulans, keluarga selepas dilanggar lari

Menurutnya, bagaimanapun, polis dapat mengesan beberapa fakta yang kurang tepat dalam keterangan keluarga tersebut.

Jelas Ketua Siasatan Jenayah Madiun, Asisten Komisioner Ryan Wira Raja Pratama, pihaknya juga telah mengambil tiga sampel asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu bayi, bapa tiri dan bapa kandung remaja tersebut.

Sumber: Tribunnews, Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang