REMAJA perempuan Korea Selatan, Kim Jung-youn kini dinamakan sebagai bilionair Forbes termuda dunia.

Anak perempuan kepada mendiang Kim Jung-ju, pengasas Nexon Korea Selatan muncul sebagai hartawan termuda selepas mewarisi kepentingan dalam syarikat gergasi permainan dalam talian.

Pemergian Kim Jung-ju, 54, pada 27 Februari lalu menjadikan dua anak perempuannya sebagai pewaris harta.

Kim Jung-youn dan kakaknya, Kim Jung-min, masing-masing mewarisi secara bersama saham sedia ada dalam NXC, bernilai AS$2.5 bilion (RM11.5 bilion) setiap seorang.

Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion

Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai

Kredit foto: Pixabay

Selepas ditolak bil cukai warisan bernilai sekitar AS$1.5 bilion setiap seorang, nilai kekayaan bersih Kim Jung-youn dan Kim Jung-min dianggarkan AS$1 bilion.

Ibu mereka, Yoo Jung-hyun yang sememangnya berstatus bilionair, mewarisi 4.57 peratus kepentingan dalam syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu.

Yoo, 53, terdahulu membantu suaminya memulakan Nexon pada tahun 1994 dan kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam NXC iaitu 34 peratus kepentingan.

Yoo juga pernah muncul sebagai 50 Orang Terkaya Korea tahun ini dengan nilai bersih AS$3 bilion.

Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta

Baca juga: Gembira adik beradik berjaya berniaga, tanda ibu bapa tidak akan susah, ini 5 rahsia orang Cina bina kekayaan

Iklan
Kredit foto: Korea Post

Forbes mendedahkan tidak banyak yang diketahui tentang remaja bertuah itu. Bagaimanapun telah dilaporkan secara meluas bahawa Kim Jung-min dan Kim Jung-youn dilahirkan pada tahun 2002 dan 2004.

Pada usia 18 tahun, Kim Jung-youn adalah bilionair termuda di dunia. Gelaran tersebut terdahulu dipegang usahawan Kevin David Lehmann, 20, dari Jerman,

Sebelum meninggal dunia, Kim Jung-ju menduduki tempat ketiga senarai orang terkaya di Korea Selatan pada tahun 2021 di bawah taikun farmaseutikal Seo Jung-jin dan Jay Y. Lee Samsung.

Baca juga: 5 jutawan Muslim ini tidak pernah mendongak ke langit. Ini yang dilakukan oleh mereka

Iklan

Sumber: Forbes

Kredit foto utama: Forbes, Pexels (Pixabay)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.