PEMAIN bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama dunia yang berjaya memiliki jumlah pengikut paling ramai di Instagram.

Bintang Juventus itu dilaporkan berjaya mengumpul lebih 250 juta pengikut di Instagram sekali gus mengatasi beberapa bintang terkenal dunia lain seperti Neymar dengan 144 juta pengikut dan Lionel Messi dengan 174 juta pengikut.

Ronaldo individu pertama cecah 250 juta follower di Instagram! Posting gambar pun kini dibayar jutaan ringgit

Apa yang lebih menarik, memetik laporan India.com, menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat bayaran dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuat naik posting.

Wow! Lumayan bukan? Post gambar pun boleh terima ‘gaji’ jutaan ringgit. Hebat!

Jumlah pendapatan Ronaldo melalui Instagram juga pernah direkodkan melebihi jumlah diperoleh hasil karier sukannya dua tahun lalu iaitu sekitar AS$35 juta (RM143.6 juta).

Terbaik Ronaldo, ramai betul pengikut beliau. Teruskan berusaha dalam karier bola sepak mahupun periklanan.

Dalam pada itu, Ronaldo dilaporkan menikmati kejayaan besar dengan Juventus pada tahun 2020 ketika setelah berjaya menjaringkan sebanyak 33 gol dalam semua pertandingan.

Iklan

Ronaldo individu pertama cecah 250 juta follower di Instagram! Posting gambar pun kini dibayar jutaan ringgitJumlah jaringan yang berjaya direkodkan itu sekali gus merupakan rekod yang tertinggi untuk lima liga teratas Eropah tahun ini.

Pemain berusia 35 tahun itu juga mendakwa bahawa usia tidak penting baginya kerana dia berharap dapat bermain lagi pada masa akan datang.

“Tidak kira usia. Yang penting adalah fikiran,” kata Ronaldo kepada BBC Sport.

Selain itu, selain gemar berkongsi kisah perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak, Ronaldo juga cukup terkenal dan dikenali dengan sikap yang suka menghulur bantuan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Iklan

Ronaldo individu pertama cecah 250 juta follower di Instagram! Posting gambar pun kini dibayar jutaan ringgitMungkin juga disebabkan oleh keperibadian beliau menjadikan Ronaldo disenangi dan berjaya menjadi individu pertama yang berjaya mengumpul pengikut sebanyak itu.

Ronaldo individu pertama cecah 250 juta follower di Instagram! Posting gambar pun kini dibayar jutaan ringgit