Saintis tawar RM25,000, sukarelawan sanggup dijangkiti varian Delta dicari

hospital ICU Covid-19
hospital ICU Covid-19
A
A
A

BARU-BARU ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa varian Delta Covid-19 lebih ekstrem dan sentiasa bermutasi sehingga menyebabkan dunia kini dalam fasa bahaya.

Dengan hanya dalam tempoh 15 saat sahaja jangkitan varian Delta Covid-19 boleh merebak melalui udara.

Dikatakan varian bahaya tersebut dikesan pada akhir tahun 2020 di India sebelum menular di pelbagai negara antaranya Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Portugal dan Sepanyol.

Justeru itu, para saintis di Imperial College London dan Oxford University kini sedang giat mencari sukarelawan yang sanggup dijangkiti dengan wabak tersebut.

Wall Street Journal melaporkan, kajian khas yang dilakukan di makmal itu akan dimulakan dengan para peserta dijangkiti dengan varian Delta dengan sengaja bertujuan untuk mengenal lebih mendalam proses mutasi varian tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, ia juga dilakukan untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai cara mengembangkan vaksin dan kaedah rawatan Covid-19 terbaru dengan kerjasama syarikat hVivo.

Kajian tersebut memerlukan 40 orang peserta muda yang sihat tubuh badan dan menariknya, mereka yang terpilih bakal menerima wang sebanyak £ 4,5000 atau sekitar RM25,000.

[VIDEO]Hampir kehabisan katil, Dr Noor Hisham kongsi keadaan terkini dalam ICU

Pakar Jangkitan Virus Pernafasan, Dr Garth Rapeport mengatakan bahawa prosesnya tidak sama dengan pengeluaran vaksin kerana melibatkan kajian yang lebih rumit.

Baca juga Lelaki beli kereta guna syiling RM33,000, 20 staf ambil masa 3 jam untuk hitung

Katanya, di dalam proses tersebut, para saintis perlu mencari jalan agar virus yang disebarkan tidak bermutasi dan tidak menghasilkan varian baru dalam jangka waktu tertentu.

Untuk tujuan kajian berkenaan, para penyelidik mendorong individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berisiko paling rendah dijangkiti Covid-19 untuk menjadi sukarelawan.

Peserta hanya diterima jika mereka tidak mempunyai sejarah atau gejala Covid-19, mempunyai tahap kesihatan terbaik, berat badan ideal dan tidak merokok.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang