ALASAN tidak mempunyai duit untuk membeli makanan membuatkan Zion Brown sanggup melakukan sesuatu di luar batasan.

Pemuda berusia 18 tahun itu dilaporkan mengugut dan merompak konduktor kereta api menggunakan pistol ketika dalam perjalanan ke kelasnya.

Perbuatan Brown yang merompak dan membawa lari wang tunai bernilai RM460 di Stesen Jalan Van Buren, Chicago, Amerika syarikat baru-baru ini menggemparkan penduduk setempat.

Mana tidaknya, aktiviti jenayah tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), namun pihak polis masih gagal mengesan suspek yang masih bebas.

Dalam rakaman CCTV berkenaan, Brown yang memakai penutup muka lengkap dengan jaket serba hitam segera melarikan diri meninggalkan lokasi kejadian tanpa mencederakan mangsa.

Zion Brown rompakan bersenjata

Lapor unilad.co.uk, identiti Brown pada awalnya gagal dikesan pihak polis gara-gara wajahnya ditutup dengan topeng hitam, malah siasatan menemui jalan buntu.

Pun begitu, identiti suspek akhirnya terbongkar selepas terdapat seseorang mengenalinya apabila foto penuntut Loyola University Chicago tersebut tersebar di semua media.

Baca juga Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County terjawab, ini cerita sebenar yang buat ramai tergamam

Individu yang berjaya mengecam suspek ialah ibunya sendiri!

Bayangkan ketabahan seorang ibu sanggup membawa anak kandungnya sendiri ke muka pengadilan.

Zion Brown rompakan bersenjata

Menurut portal itu lagi, ibu Brown yang mengenali susuk tubuh dan pakaian suspek tanpa berfikir panjang terus menyerahkan anaknya kepada pihak polis.

Tindakan luar jangka wanita itu membuatkan ramai tabik spring dan menegaskan bahawa meskipun anak sendiri, tindakan merompak tetap salah di sisi undang-undang.

Baca juga Perompak ‘putih mata’, beg disangka ada RM58 ribu hanya berisi lampin

Iklan

Pistol angin yang digunakan untuk mengugut mangsa juga ditemui bersama.

Dalam prosiding mahkamah yang berjalan baru-baru ini, peguam bela pemuda tersebut memberitahu bahawa Brown tiada niat jahat untuk melakukan rompakan tersebut.

Zion Brown rompakan bersenjata

Di hadapan Hakim Maryam Ahmad, peguam bela tersebut merayu bahawa anak guamnya dalam keadaan lapar sebelum ke kelas sebelum mengambil keputusan merompak demi membeli makanan.

Pun begitu, hakim menegaskan, walau dalam kelaparan sekali pun, ia bukan alasan yang baik untuk seseorang melakukan rompakan bersenjata.

Iklan

“Saya juga pernah menjadi penuntut kolej dan pernah berlapar kerana tidak cukup wang, namun saya tidak berani untuk melakukan jenayah termasuk merompak,” katanya memetik laporan tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Zion Brown rompakan bersenjata

Hakim Maryam bagaimanapun tidak membenarkan Brown diikat jamin dan diminta hadir ke mahkamah pada Mac ini untuk prosiding lanjut.

Percayalah, jika si ibu berdiam diri dan menyembunyikan jenayah si anak, sudah tentu kes menemui jalan buntu.

Moga kejadian seperti Brown memberi iktibar buat semua khususnya para ibu supaya dapat melakukan tindakan yang betul sekiranya berdepan insiden serupa. #kitajagakita #kitalaluibersama