SEORANG wanita sanggup menculik dan membunuh seorang ibu hamil demi merealisasikan ‘impiannya’ yang tak masuk akal!

Dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di New Boston, Michigan, Amerika Syarikat, suspek, Taylor Rene Parker telah digelar ‘womb rider‘ gara-gara kesanggupannya membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Berdasarkan laporan The Mirror, Taylor yang ketika itu berusia 29 tahun telah memukul mangsa, Reagan Michelle Simmons-Hancock, 21, sehingga maut di rumahnya.

Hancock dilaporkan mengalami kecederaan parah pada kepala selepas dipukul menggunakan penukul besi.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang berhati binatang itu telah menikam mangsa lebih 100 kali!

culik dan kelar

Lagi tak masuk akal, Taylor tanpa belas kasihan memotong perut Hancock menggunakan pisau bedah untuk mengeluarkan bayi.

Natijahnya, anak yang tidak berdosa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga Kejamnya kawan! Tergamak belah perut rakan hamil ‘curi’ bayi dalam kandungan

Berdasarkan plot cerita, suspek dilaporkan telah berpura-pura hamil 10 bulan.

Tidak hanya memalsukan laporan ultrasound, dia juga membuat hantaran di media sosial yang kononnya dirinya mengandung dan turut mendedahkan jantina ‘bayi bayangannya’.

culik dan kelar

Serentak dengan itu, suspek berkenaan didapati ‘sibuk’ mencari maklumat mengenai kehamilan daripada beberapa laman web, termasuk video yang menunjukkan kaedah melahirkan anak pada usia 35 minggu.

Sebenarnya, carian itu adalah semata-mata mahu memenuhi rancangan busuknya yang merancang untuk mengeluarkan bayi dikandungkan Hancock.

Baca juga Enggan gugur kandungan, wanita hamil maut di tangan suami, tubuh 100% terbakar

Kronologi kisah kejam yang berlaku pada tahun 2020 itu telah didedahkan di hadapan hakim baru-baru ini.

culik dan kelar

Menurut kertas pendakwaan, perbuatan itu boleh mengheret suspek dihukum sampai mati jika disabit kesalahan.

DIHUKUM MATI

Apa motif di sebalik perlakuan pelik itu? Dedah The Mirror lagi, suspek sebenarnya telah menipu kekasih beliau dengan memberitahu dirinya mengandung dengan harapan hubungan mereka tidak berkubur.

Iklan

Disebabkan itulah, Taylor sanggup mengorbankan nyawa orang lain.

culik dan kelar

Penolong Peguam Daerah Lauren Richards berkata, suspek wajar diberikan hukuman berat lantaran perilakunya yang tidak berperikemanusiaan.

“Para juri perlu mengambil kira bagaimana Taylor menghancurkan kepala mangsa sekurang-kurangnya dengan hentakan kuat sebanyak lima kali.

Baca juga Gila! Tolak isteri hamil 7 bulan dari tebing bukit

“Bayangkan kesakitan yang ditanggung mangsa selepas suspek memotong perut mangsa dengan kejam, malah ketika mengeluarkan bayi, Hancock difahamkan masih bernyawa,” katanya di hadapan hakim.

culik dan kelar

Iklan

Richard juga menyifatkan kematian mangsa satu penyeksaan.

“Meskipun mangsa masih bernyawa, Taylor tetap meneruskan rancangan mengeluarkan bayi untuk dijadikan anaknya sendiri,” katanya dengan penuh emosi.

Kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini memang sesuatu yang tak terjangkau dek fikiran kita.

Hanya orang yang tak berakal dan tidak siuman sahaja yang akan lakukan jenayah yang begitu zalim. Moga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi