Sanggup tikam mangsa 99 kali dan dibiarkan mati, ini kronologi kes remaja taasub pembunuh bersiri

UMUR masih setahun jagung, namun sudah berani untuk membunuh!

Gara-gara terpengaruh dan taasub dengan kes pembunuhan bersiri, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sanggup menikam mangsanya tanpa belas kasihan.

Bukan satu, tetapi sebanyak 99 kali mangsa ditikam dan dibiarkan berlumuran darah di The Orchards, Sittingbourne, United Kingdom.

Nasib baiklah mangsa perempuan yang berusia 16 tahun itu masih hidup selepas bertahan hampir tujuh jam seorang diri.

Beliau berjaya ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu bersama anjing peliharaannya kira-kira jam 7.30 pagi.

Lapor mirror.co.uk, merujuk kes serangan dengan niat yang dilaporkan berlaku pada 22 Julai tahun lalu itu, suspek sempat membuat carian di internet mengenai hukuman mati yang dilaksanakan di negara tersebut.

Suspek dipercayai sudah merancang pelan jahatnya dengan mengumpan mangsa yang dikenali melalui aplikasi Snapchat untuk datang ke lokasi kejadian seorang diri.

Iklan
Iklan

Lebih menakutkan, dia siap membawa perkakas membunuh seperti pisau, penukul dan baju persalinan.

Baca juga Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Menurut pendakwa raya kes itu, penjenayah muda itu memberi alasan untuk ke tandas dan kemudian telah menghilangkan diri.

Mangsa yang sedang leka tidak menyedari kehadiran suspek yang menekup mulutnya dari arah belakang dan mula menikam tanpa henti.

Mangsa menyifatkan penyerang telah menikamnya dengan penuh kejam.

Beliau juga mengandaikan serangan berlaku selama tiga minit.

Baca juga Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Beliau yang mengalami kecederaan pada bahagian buah pinggang, hati dan beberapa bahagian lain dikejarkan ke King’s College Hospital London untuk rawatan kecemasan.

POLIS JUMPA FOTO PEMBUNUH BERSIRI

Sementara itu, kehilangan mangsa yang disedari tiada di biliknya pada malam tersebut membuatkan keluarganya membuat laporan polis.

Siasatan lanjut dan bukti yang ditemui mendorong pihak polis menggeledah rumah suspek dan apa yang ditemui cukup mengejutkan.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Selain foto sadis yang ditampal di biliknya, pihak polis turut menemui gambar pembunuh bersiri Amerika Syarikat, Ted Bundy.

Dalam sesi soal siasat, suspek mengakui menderita sakit mental sepanjang tempoh lockdown dan pernah berniat untuk membunuh diri.

Hakim Philip Statman dalam satu kenyataan berkata, walaupun suspek masih di bawah umur, namun sudah merencana serangan kejam dan ganas.

“Dia sanggup membiarkan mangsa mati selama lebih tujuh jam dan bertarung nyawa dalam keadaan cukup kritikal untuk terus hidup,” katanya.

Suspek telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dan berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun.

Baca juga Sadisnya, kanak-kanak 4 tahun ditikam 10 kali gara-gara hutang

Pun begitu, ramai yang membahaskan hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan kejam yang dilakukan dan tidak wajar insan seperti itu dibiarkan bebas.

Tidak kurang juga ibu bapa menimbulkan kegusaran yang mungkin insiden sama berulang kembali selepas 10 tahun dipenjarakan.

Sama juga seperti kes serangan yang dilakukan oleh dua kanak-kanak perempuan yang terpengaruh dengan watak fiksyen jahat, Slenderman di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

Baca juga ‘Joker’ mengamuk naik kereta api, cederakan 17 penumpang pada malam Halloween

Demi memenuhi ‘kehendak’ Slanderman yang disangka wujud, Anissa Weier dan rakannya, Morgan Geyser yang ketika itu berusia 12 tahun dipercayai menikam mangsa sebanyak 19 kali.

Kejadian kejam yang berlaku di sebuah taman pada tahun 2014 mengemparkan penduduk setempat dan menerima liputan meluas media pada waktu itu.

Anissa dijatuhkan hukuman selama 25 tahun itu turut menerima rawatan di hospital sakit jiwa manakala Morgan dipenjara 40 tahun di institusi mental.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bahaya pengaruh watak jahat kepada kanak-kanak lebih-lebih mereka yang dihambat masalah mental akibat penderaan dan pengabaian.

Moga kes menakutkan ini menjadi iktibar buat semua khususnya ibu bapa supaya lebih peka dan prihatin terhadap persekitaran anak-anak. #kitajagakita #kitalaluibersama

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

25 mins ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

13 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

16 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

19 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

21 hours ago