'Sayang dia lebih daripada diri saya.' Muat naik foto kaki anak, Son Ye-jin luah perasaan selepas bergelar ibu
PASTINYA sambutan perayaan Krismas kali ini cukup bermakna buat pelakon terkenal Korea, Son Ye-jin dan Hyun Bin dengan kelahiran bayi sulung mereka.
Itu yang dicoretkan pelakon Crash Landing On You menerusi laman Instagram miliknya.
Perkongsian yang dimuat naik bersama sekeping gambar yang memperlihatkan kaki bayi lelakinya itu meraih perhatian ramai.
Ia merupakan kemunculan pertama Ye-jin usai melahirkan bayi sulungnya November lalu.
Menerusi kapsyennya, isteri kesayangan Hyun Bin itu menitipkan ucapan Hari Krismas.
Pada masa sama, beliau turut berterima kasih atas sokongan para peminat buat dirinya selama ini.
“Selamat menyambut hari Krismas. Anda semua okey? Tahun 2022 kini sudah berada di penghujungnya. Saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan terima kasih atas sokongan anda semua," katanya.
Menerusi entri yang sama, aktres jelita itu meluahkan rasa gembira atas kurniaan kebahagiaan yang dikecapinya kini.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran bayi lelakinya yang dianggap anugerah terindah buat mereka suami isteri.
“Tahun ini cukup berharga buat diri saya dibandingkan sebelum ini. Sepertimana yang semua sedia maklum, kami kini menerima hadiah yang paling bermakna.
“Saya baru sedar betapa pentingnya keikhlasan dan bantuan daripada pelbagai individu. Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang masa,” ujarnya lagi.
Pemilik nama penuh Son Eon-jin itu juga mengakui, pada asalnya, beliau berasa risau lebih-lebih lagi terpaksa melahirkan bayinya lebih awal.
"Saya bimbang tentang bayi yang dilahirkan lebih awal sedikit dari jangkaan. Pun begitu, selepas mencuba dan akhirnya berjaya bersalin secara semula jadi.
"Selepas kehadiran anak, saya berasa diri semakin dewasa. Apatah lagi, saya bertemu orang yang saya sayangi lebih daripada diri saya sendiri, saya berasa tidak berdaya lagi, namun cukup kuat untuk melakukan apa sahaja pada masa sama," luahnya.
Ye-jin turut meninggalkan pesanan buat semua peminatnya supaya kekal sihat dan gembira semasa sambutan Krismas kali ini.
Untuk rekod , Ye Jin dan Hyun Bin melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu.
Majlis terbabit diadakan secara tertutup di Grand Walkerhill, Seoul, Korea Selatan dengan kehadiran ibu bapa, saudara dan rakan terdekat sahaja.
Sumber: Instagram yejinhand
Layari SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang