Sayunya… Ibu tak sempat dakap bayi baru dilahirkannya kerana maut kena Covid-19
SUNGGUH menyayat hati apabila seorang ibu tidak sempat mendakap cahaya mata baru dilahirkannya apabila maut setelah bertarung nyawa akibat wabak pandemik Covid-19.
Sebelum itu, Aurora Chacon Esparza, 35, ditempatkan di wad kecemasan, Hospital North Memorial, Brooklyn Center melahirkan bayi pramatang, bernama Andrea.
Aurora telah menjalani pembedahan kerana doktor bimbang bayinya tidak mendapat cukup oksigen.
“Andrea kemudian melahirkan bayinya dalam keadaan pramatang, tetapi bayi itu tetap sihat.“Namun, berita sedih menyelubungi apabila beliau meninggal pada Ahad lalu,” lapor mirror.co.uk.
Suaminya, Juan Duran turut menggambarkannya isterinya sebagai orang yang kuat, penyayang dan baik hati.
Aurora mula menunjukkan gejala Covid-19 pada awal Jun lalu, termasuk masalah batuk dan pernafasan yang kerap.
Keadaannya semakin teruk sehingga memaksa para doktor bersetuju untuk memakaikannya mesin pengoksigenan membran ekstrasorporeal (ECMO) yang akan berfungsi sebagai jantung dan paru-parunya.
Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lain, iaitu seorang anak lelaki dan seorang perempuan masing-masing berusia satu tahun dan tujuh tahun.
Juan turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati meskipun ahli keluarga dalam keadaan sihat kerana virus wabak itu ada di mana-mana.
“Saya dan tiga lagi anak saya pasti akan merindui wanita hebat ,” kongsi Juan.
Sumber: mirror.co.uk
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang