Selamba masukkan 'lendir' dalam kopi pegawai polis

A
A
A

BAGAIMANA perasaan korang, bila sedang teruja hendak minum kopi kegemaran yang dipesan di restoran yang sering dikunjungi, tapi terlihat sesuatu yang menjijikkan?

(CNN) Seorang pekerja Dunkin ditangkap pada hari Jumaat lalu setelah pegawai polis dari Illinois menemui lendir mencurigakan di dalam minumannya.

Pasukan itu yang berpusat di Chicago, membeli kopi hitam pada hari Khamis pada sebelah malam dan menanggalkan penutupnya untuk menyejukkannya.

Bagaimanapun, ketika pegawai berkenaan hendak menikmati minumannya itu, beliau menemui 'lendir besar dan tebal yang kemudiannya disahkan air liur' yang terapung di kopinya, kata polis.

Eeeuuuwww.... sungguh menggelikan bukan...?

Vincent J Sessler, 25, didakwa melakukan tingkah laku yang semberono itu terhadap pegawai pasukan beruniform berkenaan, menurut Polis Negeri Illinois.

Sessler

CNN tidak dapat menentukan sama ada Sessler mempunyai peguam.

"Ini keterlaluan dan menjijikkan. Polis Negeri Illinois sama ada lelaki atau wanita meletakkan hati dan jiwa mereka untuk melindungi nyawa dan hak semua orang di negeri ini setiap hari.

"Perlakuan menghina dan berbahaya ini memang tidak patut dilakukan. Untuk keselamatan mereka, pegawai dan pekerja ISP dilarang melindungi lokasi ini," kata Pengarah ISP Brendan F. Kelly dalam satu kenyataan.

Sejurus selepas kejadian itu disiasat, Sessler diberhentikan kerja, kata jurucakap Dunkin kepada CNN.

"Jenis tingkah laku yang dilaporkan kepada kami tidak sesuai dengan nilai jenama," kata jurucakap itu.

"Dunkin sangat menghargai pegawai polis yang bekerja tanpa lelah untuk menjaga keselamatan masyarakat kita. Pemilik francais telah menghubungi langsung pegawai tersebut untuk meminta maaf atas pengalaman tersebut."

Sessler berada dalam tahanan di Daerah Ke-8 Jabatan Polis Chicago dan siasatan sedang dijalankan terutama motif dia untuk berbuat demikian.

Kalau tidak semena-mena sanggup buat perilaku di luar batas ini memang tak patutlah kan? Sama ada pegawai terbabit yang ada melakukan sesuatu yang mengundang kemarahan pekerja terbabit atau lelaki itu yang ada masalah berkaitan mental...

Moga kejadian sama tak berlaku di negara kita ini ya. -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang