Selepas 86 tahun jadi muzium, Hagia Sophia akhirnya terima jemaah solat Jumaat pertama lepas jadi masjid

A
A
A

PADA hari Jumaat yang penuh barakah ini bakal mencatatkan sejarah baharu buat umat Islam khususnya di Turki.

Masjid Hagia Sophia yang terletak di Istanbul dibenarkan untuk didirikan solat Jumaat buat pertama kalinya selepas tempoh 86 tahun ia ditutup.

Perkara itu diumumkan oleh Gabenor Istanbul, Wilayah Metropolitan Turki, Ali Yerlikaya dalam sidang medianya baru-baru ini.

"Ia mula dibuka bermula jam 10 pagi (waktu tempatan) di kawasan yang dikhaskan.

"Jemaah akan dibenarkan masuk selepas melepasi pemeriksaan keselamatan di 11 pusat disediakan," katanya sebagaimana dipetik daripada portal aa.com.tr/.

Hagia Sophia MASJID HAGIA SOPHIA di Istanbul sedia untuk menerima jemaah solat Jumaat pada hari ini dengan prosedur operasi standard yang ketat.

Untuk rekod, Hagia Sophia merupakan destinasi pelancongan utama di Turki bagi pengunjung tempatan dan asing.

Menyingkap kembali historiografi masjid berkenaan, portal berkenaan menyebut, ia sebenarnya berfungsi sebagai gereja selama 916 tahun.

Namun, selepas Istanbul ditakluk, kawasan itu diubah menjadi sebuah masjid sekitar tahun 1453 hingga 1934 iaitu hampir setengah milenium.

Kali terakhir, ia dijadikan muzium selama 86 tahun sehinggalah 10 Julai lalu apabila sebuah mahkamah di Turki membatalkan keputusan Kabinet pada tahun 1934 yang telah menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium.

Usaha itu akhirnya membuka jalan kepada Hagia Sophia untuk kembali berfungsi sebagai masjid.

Sementara itu, memetik laporan Hurriyet Daily News, Presiden Reccep Tayyip Erdogan dijangka akan menunaikan solat Jumaat di sana.

Bukan itu sahaja, pemerintah Turki itu turut menjemput pemimpin asing menghadiri pembukaan masjid berkenaan untuk solat Jumaat.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama (Diyanet), Ali Erbas pula diberi tanggungjawab untuk membacakan khutbah.

Solat Jumaat itu dijangka akan dihadiri kira-kira 1,000 ke 1,500 jemaah dengan beberapa langkah prosedur operasi standard yang ketat.

Pastinya ramai yang akan menantikan detik-detik bersejarah ini dengan penuh rasa kesyukuran.

Sumber & Foto: aa.com.tr/ & Hurriyet Daily News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang