Seluar koyak, hilang fokus impian Milak pecah rekod dunia lebur

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

PEMEGANG rekod dunia, Kristof Milak berjaya memenangi pingat emas dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu, sekali gus mencipta rekod Olimpik.

Pun begitu, siapa sangka disebalik kejayaan itu rupa-rupanya berlaku sesuatu sehingga perenang berusia 21 tahun berkenaan gagal mencipta rekod dunia.

Menurut laporan AFP, Milak kecewa kerana impian mencipta rekod dunia lebur dek seluar renangnya koyak sebelum acara bermula.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan dirinya hilang fokus.

Beliau memberitahu, sekiranya seluar renang tidak koyak mungkin dirinya mampu mencipta rekod dunia baharu.

"Ia (seluar renang) koyak kira-kira 10 minit sebelum masuk kolam.

"Ketika itu saya sedar impian untuk mencipta rekod dunia musnah," katanya.

Seluar koyak, hilang fokus impian Milak pecah rekod dunia lebur

Disebabkan ralat dan kecewa Milak dikatakan dan mencampak seluar renang yang koyak ke atas meja.

Bagaimanapun, atlet Hungary itu tetap bersyukur dan teruja memenangi pingat emas pada temasya sukan berkenaan.

Baca juga Jepun teruskan Olimpik Tokyo 2020 semasa pandemik, ini puncanya…

Direkodkan, Milak telah memecah rekod Michael Phelps yang dilakukan pada 2019 pada kepantasan 1 minit 51.25 saat.

Sementara itu, Tomoru Honda dari Jepun yang meraih pingat perak manakala pingat gansa menjadi milik perenang Itali, Federico Burdisso.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang