Serangan Masjid Al Aqsa: Semangat orang beriman tidak pernah hilang, penindas zalim selalu gagal. Selebriti kongsi kedukaan
UMAT Islam seluruh dunia kini berduka ekoran pertumpahan darah yang meletus di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada malam Jumaat lalu.
Ia terjadi susulan tindakan polis Israel yang melepaskan peluru getah dan bom tangan ke arah umat Islam Palestin yang bersenjatakan batu.
Kejadian itu berkaitan dengan ancaman pengusiran penduduk Palestin dari wilayah mereka yang dituntut Israel. Pengusiran secara paksa dari kediaman mereka termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis mendapat kecaman sekeras-kerasnya masyarakat Islam di seluruh dunia.
Memetik laporan agensi berita Reuters, kira-kira 205 orang Palestin cedera dalam pertempuran. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa kali ini disasarkan kepada jemaah yang sedang menunaikan solat pada hari-hari terakhir Ramadan.
Insiden tersebut adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan. Kejadian yang menyayat hati itu amat melukakan hati umat Islam seantero dunia.
Berita menghibakan itu turut menjentik hati para selebriti tanah air. Antaranya Fedtri Yahya, Puan Sri Normala Samsudin, Heliza Helmi, Mizznina dan Salima Habibi.
“Kekotoran dan kesucian tidak mampu duduk bersama. Kerana itu, bulan suci sentiasa dicemari”
-Fedtri Yahya
Pengacara Jejak Rasul dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya banyak berkongsi tentang serangan zionis ke atas penduduk Palestin di Masjidil Aqsa. Beliau turut memuat naik video dan foto masjid sebelum serangan berlaku.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Semangat orang beriman tidak akan pernah hilang, penindas zalim, akan selalu gagal”-Mizznina
Selain berkongsi hantaran berkenaan insiden di sana, Mizznina juga repost hantaran kutipan Rayuan Bantuan Kecemasan Buat Palestin yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan Malaysia bagi menyalurkan bantuan kempen Kecemasan buat Palestin.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Kita doa sungguh-sungguh”- Heliza Helmi
Penyanyi Heliza Helmi mengajak umat Islam berdoa buat kesejahteraan saudara Islam di sana.
View this post on Instagram
“Al Aqsa, Ramadan ini jiwa kami umat Islam luluh lagi.”- Normala Samsudin
Bekas penyampai berita dan pengacara Majalah 3, Puan Sri Normala Samsudin melahirkan perasaan pilu perkhabaran duka menimpa Palestin.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Zionis pengecut!”- Salima Habibi
Penyanyi Salima Habibi tidak ketinggalan berkongsi kesedihan serangan Israel terhadap masjid yang terawal yang dibina ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Kota Baitulmaqdis telah dipilih oleh Nabi Dawood AS sebagai bumi untuk berdakwah dalam kurun ke-10 sebelum Masihi.Kemudiannya, Nabi Sulayman AS, anak kepada Nabi Daud AS telah membina sebuah masjid di kota tersebut atas atas ketetapan ALLAH SWT.
Untuk beberapa kurun lamanya masjid tersebut telah digunakan sebagai pusat mengabdikan diri kepada ALLAH oleh beberapa Nabi dan Rasulullah.
Masjid tersebut telah dimusnahkan oleh pasukan Babylons pada tahun 586 BC, tetapi kemudiannya didirikan semula pada tahun 516 sebelum Masihi. Pusat ibadah itu terus digunakan untuk beberapa kurun hingga zaman Nabi Isa AS.
Selepas kewafatan Nabi Isa AS, masjid tersebut kemudiaan dimusnahkan oleh Rom pada tahun 79 Masihi. Nabi Muhammad SAW telah dibawa ke sana dalam peristiwa besar al-Israk Mikraj.
Baca juga Kejut Ahli Keluarga Beribadah, Antara Amalan Rasullulah SAW Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
Apabila kaum Muslimin mengambil alih semula kota Baitulmaqdis dalam tahun 636 Masihi di zaman Khalifah Umar Alkhattab, beliau telah mengarahkan supaya masjid dibina kembali hingga ke hari ini berdiri sebagai sebuah masjid tempat menghambakan diri kepada-NYA.
Sebagaimana pernah dibina buat pertama kalinya oleh Nabi Sulaiman.
Kenapa kota Baitulmaqdis begitu penting kepada kaum Muslimin? Sesungguhnya ia adalah sebuah kota kepada ramai para nabi, daripada Nabi Ibrahim AS kemudiaanya Nabi Ismail dan seterusnya sehinggalah Nabi Muhammad SAW.
Masjid al-Aqsa adalah salah satu dari masjid terawal yang dibina di muka bumi ini.
Sama-samalah kita berdoa agar segala-galanya berakhir dengan selamat daripada cengkaman Israel. Semoga perjuangan umat Islam di Palestin menemui kemenangan dengan kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel.
Sumber: haluan.org.my, Fedtri Yahya, Mizznina, Heliza Helmi, Normala Samsudin dan Salima Habibi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang