PENULARAN virus Covid-19 telah ‘mengheret’ dunia kepada norma kehidupan yang berbeza. Istilah penjarakan sosial, perintah kawalan pergerakan dan pemakaian pelitup muka merupakan satu perkara asing yang sebahagiannya mungkin tidak pernah didengar.

Namun, begitulah Covid-19 yang dilaporkan telah meragut hampir 4 juta nyawa dalam sekelip mata tanpa mengira peringkat usia di seluruh dunia.

Tatkala kita digemparkan dengan penyakit itu, seorang doktor di Britain yang berhempas pulas menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19 telah  meninggal dunia akibat kanser kulit.

Dilaporkan oleh Daily Mail, Dr Jesse Tucker, 40, bekerja selama 10 jam sehari bagi membantu pasukannya menangani wabak tersebut hinggalah beliau disahkan menghidap penyakit kronik itu pada hari pertama sekatan pergerakan dilaksanakan di Britain pada Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, doktor yang merawat beliau turut memberitahu dirinya hanya mempunyai jangka hanyat selama sembilan bulan untuk hidup.

Beliau juga dilaporkan telah menghabiskan kesemua cuti sakit untuk mendapatkan rawatan imunoterapi, namun keadaan kesihatan masih tidak pulih.

Iklan

Menurut rakannya, Carolina, beliau telah membantu Tucker untuk melakukan kutipan dana bagi membantu kos rawatan doktor tersebut.

“Setelah lebih setahun menerima rawatan dan disahkan tidak mampu lagi berkhidmat sebagai doktor pada Januari lalu, Tucker kini sudah meninggal dunia.

Iklan

“Saya ingin anda tahu bahawa setiap sumbangan yang diterima beliau ingin dermakan kepada pertubuhan kebajian yang memerlukan. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas keperihatinan anda semua ke atas kesihatannya,” jelas Carolina.

Dalam masa empat minggu, dana kutipan berjaya dikumpul sebanyak £15,000 (RM86,437) manakala jumlah keseluruhan pula dianggarkan sekitar £23,000 (RM132,537).