Sikap pelik nak raih populariti murahan, bapa sampai tak endah soal nyawa anak!

Sikap pelik menjadi-jadi. Bapa tak endah soal nyawa anak!
Sikap pelik menjadi-jadi. Bapa tak endah soal nyawa anak!
A
A
A

ZAMAN sekarang ini manusia dilihat bersikap pelik-pelik! Ada yang sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti murahan.

Tidak semua, namun ada segelintir yang sanggup mengambil risiko untuk jadi terkenal di media sosial.

Tidak ketinggalan ada yang sanggup mengambil risiko hanya untuk sekeping gambar terutama yang gemar dilakukan dalam kalangan Instafamous.

Pelbagai aksi pelik, luar biasa malahan berbahaya yang dilakukan, sehingga lama-kelamaan ada perbuatan pelik tersebut sudah menjadi kebiasaan walaupun pada awalnya dikecam hebat oleh warganet.

Pastinya situasi itu dilihat sangat tidak elok untuk ditonton dan dikongsi oleh generasi baru akan datang. Senang cerita contoh tauladan yang tak baik!

Terbaharu, tindakan seorang lelaki dilihat sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri demi mendapatkan gambar yang unik. Padanlah dia dikecam hebat netizen semalam.

Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya, manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit. Sementara seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambar dari arah belakang.

Nah! Satu family terlibat! Kecik besar tua muda sama jer!

Aksi berbahaya itu sempat dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.

Memang, gamaknya seperti dihajati, video tersebut mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. 'Sadisnya' rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

Nak ikut trend sekali pun fikir lah dalam-dalam. Malang tak berbau tau!

Bagaimanapun, seperti apa yang dilaporkan media, sehingga kini identiti kanak-kanak itu dan ahli keluarga tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang