Suami dipukul dengan dumbbell, tak tinggalkan rumah kerana tak mahu abaikan isteri

A
A
A

TIDAK hanya berlaku di dalam drama, realitinya insiden suami dipukul isteri benar-benar terjadi.

Aktor seberang, Jonathan Frizzy dikatakan dipukul isterinya dengan menggunakan peralatan senaman dumbbell. Malah lelaki itu tidak melawan apabila dikasari isterinya.

Walaupun perkara itu dinafikan isteri Jonathan, Dhena Devanka, aksi wanita itu jelas dibuktikan dengan rakaman kamera litar tertutup kediaman mereka.

Jonathan atau dikenali sebagai Ijonk tidak bertindak keluar dari rumah kerana enggan dianggap mengabaikan isteri dan anak-anak.

Meskipun sebumbung, kedua-duanya difahamkan tidak berkomunikasi mahupun bertegur sapa.

Aktor 39 tahun itu sekadar menjalankan tanggungjawab menjaga anak seperti biasa, tidak keluar dari kediaman kerana enggan dikatakan dayus.

Dalam pada itu, gosip tentang Jonathan dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon muda juga sedang bertebaran.

Jonathan dan Ririn Dwi Ariyanti, kedua-duanya melakonkan watak utama dalam sinetron berjudul Cinta Untuk Bunda. Malah rumah tangga aktres itu juga dipercayai sedang berantakan.

Rentetan itu, Dhena meluahkan suaminya berang apabila ditanya mengenai skandal lalu meninggalkan kediaman mereka selama 14 hari.

Walaupun hubungan pasangan yang bernikah pada 2012 ini tegang, masing-masing berpura-pura berbaik dihadapan tiga cahaya mata mereka.

Baca juga [VIDEO]Suami Rakam Isteri Curang, Kantoi Bawa Balik Lelaki Masuk Rumah

Dalam perkembangan terbaru menerusi Suara.com, kedua-duanya sah bercerai dan perbicaraan akan diteruskan dengan proses undang-undang.

Sayang sekali melihat mahligai yang dibina bertahun-tahun runtuh sekelip mata.

Saling bertolak ansur dan bertoleransi dengan pasangan itu penting, namun paling utama ialah komunikasi. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Suara.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang