SETELAH sekian tahun hidup bersama dan sudah memiliki cahaya mata, kematian tidak diduga adalah sesuatu yang menyentuh perasaan. Tahun berlalu dan anak-anak semakin membesar, namun ingatan terhadap mendiang isteri tidak luput, tetap subur dalam ingatan.

Srinivas Gupta, seorang ahli peniagaan pengusaha dari Karnataka, India melakukan sesuatu yang luar biasa terhadap mendiang isterinya. Dia membuat patung diperbuat daripada bahan silikon yang sama ukuran dan bentuk dengan isterinya yang telah tiada.

Menurut India.com, isteri Gupta yang bernama Madhavi meninggal dunia pada 2017 dalam perjalanan ke kota Tirupati, India. Kemalangan tersebut melibatkan Madhavi dengan dua orang anaknya. Namun, dua orang anak perempuannya cuma mengalami cedera ringan tetapi nyawa Madhavi tidak dapat diselamatkan ketika itu.

Suami tempah patung mendiang isteri untuk upacara masuk rumah baharu!

Ketika masih hidup, Madhavi sering mengimpikan keinginan untuk memiliki banglo satu tingkat dengan beratapkan jerami yang sederhana.

Kini, setelah ketiadaan Madhavi, Gupta baru dapat mewujudkan impian isterinya itu dengan membina banglo tersebut.

Setelah rumah impian isterinya selesai dibina, Gupta ingin melihat isterinya ada di sisi bersama ahli keluarga tinggal di dalam rumah tersebut.
Oleh itu, dia memutuskan untuk menempah sebuah patung yang mirip dengan sosok tubuh isterinya dan patung tersebut kini dipamerkan di rumah tersebut.

“Ini adalah perasaan terindah dan sukar untuk saya gambarkan untuk dapat melihat kehadiran isteri saya di sini, kerana ini adalah rumah impiannya,” kata Gupta seperti dilaporkan.

Menurut sumber, seorang tukang buat patung yang dikenali sebagai Shreedhar Murthy berasal dari Bengaluru, India mengambil masa selama satu tahun untuk menyiapkan patung tersebut.

Gupta menceritakan pembuat patung tersebut menyarankannya dia untuk membuat patung isterinya daripada bahan silikon bukan lilin. Ini kerana kediamannya di Koppal, India merupakan tempat yang berhawa panas dan memerlukan penghawa dingin untuk mengekalkan keadaan lilin.

Dalam video yang itu kelihatan patung silikon Madhavi memakai kain sari ungu lengkap dengan perhiasan kalung, anting-anting serta lengkap dengan solekan.

Iklan

Warganet rata-rata melahirkan kekaguman dan ada juga menimbulkan rasa sebak atas bentuk cinta yang Gupta zahirkan kepada isterinya yang telah tiada.

Malahan ada juga yang berharap agar patut tersebut mampu bercakap.

“Lelaki yang terlalu cintakan isteri,” tulis akaun Twitter @itsBalajiID.

Iklan

“Kasih yang besar terhadap pasangan hidupnya,” kata akaun Twitter @simhadribolarum pula.

“Saya berharap … dia juga dapat bercakap … tidak ada yang dipisahkan dari siapa pun … sangat sulit untuk hidup dengan kehilangan orang yang dicintai,” menurut akaun Twitter @RajeshJ61455424.

Kredit : kitareporters