SONNY Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.

Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan ALLAH.

Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.

Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.

Baca juga: Rambut wanita yang dipotong tetap aurat. Tak boleh diperlihatkan pada orang lain sesuka hati

Baca juga: Ramai ingat suara wanita itu aurat, tapi sebenarnya…

“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya. Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.

Baca juga: (VIDEO) Tip penjagaan rambut wanita berhijab

Baca juga: Pecah tradisi dunia, Khadija Omar wanita berhijab pertama sertai Miss World

Ibu Williams memeluk Islam selepas kejadian tembakan rambang Christchurch 2019

Williams dan Alana mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 selepas empat minggu mengikat tali pertunangan. Kini selepas sembilan tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, and Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.

Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.

Iklan

Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran heavyweight International WBA pada 2013.

Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Iklan

Baca juga: Usia 30 hingga 39 tahun adalah waktu kemuncak hidup. Siap siagalah supaya kita dapat jalani hidup dengan tenang

Sumber: Instagram Sonny Williams

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan