Swab test Covid-19 patah dalam hidung, punca kanak-kanak comel ini meninggal

A
A
A

IBU bapa mana dalam dunia ini sanggup terima berita yang sangat tidak dijangka seperti ini. Siapa pun pasti akan terkejut.

Hanya disebabkan swab test atau alat ujian bagi mengesan jangkitan wabak Covid-19 patah di dalam hidung ketika pemeriksaan dilakukan, seorang kanak-kanak lelaki comel ini dilaporkan meninggal dunia.

Memetik laporan Sabaq News, dalam satu kejadian yang berlaku di Arab Saudi, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Umum Shaqra apabila alat swab test patah di dalam hidungnya.

Swab test Covid-19 patah dalam hidung, punca kanak-kanak comel ini meninggal

Kanak-kanak malang tersebut dibawa ke hospital apabila mengalami demam yang tinggi beberapa hari sebelum kejadian.

Dia kemudian mendapat rawatan untuk memeriksa adakah dirinya dijangkiti Covid-19. Namun ketika diperiksa menggunakan alat swsb yang dimasukkan ke hidungnya, alat itu tiba-tiba patah di dalam hidungnya. Doktor terpaksa menggunakan ubat bius untuk melihat di mana kedudukan alat test swab tersebut.

Malangnya, alat swab itu melekat di tekaknya yang membawa akibat kepada kesukarannya bernafas hingga membawa kepada punca kematiannya.

Dalam pada itu, Gulf News melaporkan, anak kecil tersebut meninggal dunia selepas 24 jam memasuki hospital tersebut.

Ayahnya, Abdullah Al Joufan ketika menceritakan detik sedih itu mengakui, awalnya dia menolak agar anaknya dibius untuk melihat di mana alat swab tersebut. Bagaimanapun para doktor mendesak agar imbasan dilakukan.

Malangnya, ketiadaan doktor pakar yang sedang bercuti menyukarkan pembedahan dilakukan dengan segera untuk menarik swab yang terlekat di tekak anak kecil itu.

Akui Al Joufan, sebaik mengetahui doktor pakar bercuti, dia mahu memindahkan anaknya ke sebuah hospital di Riyadh, tetapi ambulans pula datang lambat. Sebaik ambulans datang, anaknya sudah pun meninggal dunia.

Ekoran kisah ini menjadi tular, bapa si mati mendapat panggilan telefon dari Menteri Kesihatan Arab Saudi, DR Tawfiq Al Rabiah yang menyampaikan ucapan sedih di atas pemergian anak kecil itu malah salam juga disampaikan dari Pengarah Urusan Kesihatan di Royadh Hassan Al Shahrani.

Menteri Kesihatan itu berjanji akan menyiasat kes ini lebih lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang