BIARPUN sudah setahun kita mengharungi dunia dengan wabak Covid-19, rupa-rupanya masih ada segelintir orang tidak cakna dengan perkembangan terbaharu pandemik itu.

Malah, ada yang percaya dengan cerita-cerita yang belum dapat dipastikan kesahihannya tidak kiralah yang dikongsikan menerusi mesej berantai, aplikasi WhatsApp dan sebagainya.

Buktinya, sebuah keluarga di London, United Kindom sanggup menelan air kencingnya sendiri kerana percaya ia dapat merawat virus Covid-19 itu.

Memetik laporan timesnownews.com, seorang ibu dan anak-anaknya telah mengamalkan minuman berkenaan selama empat hari berturut-turut.

Semua itu dilakukan gara-gara terlalu taasub dan terpengaruh dengan mesej berantai yang diterimanya melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakannya.

Minum air kecing

Dalam mesej yang turut memaparkan video, urin  dikatakan mampu nerawat Covid-19 apabila ia diminum pada setiap pagi sebagai ubat kepada virus yang boleh membawa maut.

Begitupun, perbuatan wanita yang dirahsiakan namanya itu akhirnya kantoi apabila beliau memberitahu seorang pegawai penyiasat dari Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat.

“Saya percaya dengan dengan perubatan tradisional dan saya percaya bahawa pengambilan vaksin akan mendatangkan bahaya kepada keluarga saya,” kata wanita itu sebagaimana dipetik menerusi Metro UK baru-baru ini.

Baca juga Dah sedia ke terima suntikan vaksin Covid19? Ini 18 langkah yang perlu kita tahu

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat, Olivia Clymer berkata, pihaknya baru menerima maklumat tentang penyebaran mesej rawatan berkenaan melalui aplikasi popular itu.

“Keadaan bertambah rumit kerana orang kurang percaya pada saluran rasmi kerajaan. Ia menimbulkan masalah dan perlu kami tangani.

“Tambahan pula, maklumat itu menunjukkan bahawa rawatan alternatif yang salah dan tidak mempunyai latar belakang saintifik dan empirikal,” katanya kepada wartawan metro.co.uk.

Iklan

Minum air kecingDalam pada itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Bersana Vaksinasi dan Imuninasi, Prof Anthony Harnden mengakui, mereka menghadapi masalah untuk menjangkau kumpulan masyarakat tertentu walaupun berjaya melancarkan vaksin Covid-19.

“Ada sebilangan orang yang benar-benar kita perlu hubungi dan yakinkan mereka bahawa vaksin itu selamat dan berkesan,” katanya.

Apa-apapun, jangan terlalu mudah percayakan mesej berantai yang diterima. Sebaiknya, selidiklah terlebih dahulu maklumat yang diterima.

Iklan

Seperkara, usah kongsi selagi cerita itu belum benar-benar sahih!

Sumber: timesnownews.com & metro.co.uk

Foto: Freepik & metro.co.uk