Tak perlukan sesen pun, semua barangan di Pasar Bahagia hanya perlu dibayar dengan DOA
SETIAP kali membeli-belah barangan keperluan dapur, pastinya para ibu berkira-kira untuk berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan.
Lebih-lebih lagi, ketika ini semua harga barangan basah memang melambung tinggi.
Sudah tentunya dengan peruntukan 'kecil', mana-mana barangan penting perlu diutamakan.
Jika anak masih menyusu dan memakai lampin pakai buang, para ibu perlu 'potong bajet' atau mencari barangan yang lebih murah demi kelangsungan hidup mereka.
Pun begitu, pernahkah anda terfikir jika dapat membeli barangan keperluan dapur seperti sayur, ikan, ayam, daging, beras waima gula sekali pun hanya diperlu dibayar dengan DOA?
Jangan tidak percaya, Pasar Bahagia yang diwujudkan di Masjid Syuhada Mempawah, Kalimantan Barat, Indonesia memang membuatkan ramai bahagia seperti namanya.
Lapor suara.com, inisiatif yang dijalankan Gerakan Sedekah Berkah masjid itu nampaknya berjaya memakmurkan kariah di kawasan tersebut.
Mana tidaknya, ramai ibu daripada keluarga kurang bernasib baik bersyukur kerana tanpa duit yang cukup, mereka boleh 'membeli' apa sahaja. Selepas itu, berdoa hal yang baik-baik.
Sudah tentu Pasar Bahagia menjadi syurga buat para ibu untuk berbelanja barangan dapur demi mengisi perut insan tersayang.
Pasar tersebut yang dibuka selepas solat Subuh pada setiap hujung minggu itu hanya meletakkan syarat supaya pengunjung mendaftarkan diri kepada pengurus masjid atau jawatankuasa terlebih dahulu.
Program Pasar Bahagia adalah sebahagian usaha murni yang menggunakan derma orang ramai untuk kegunaan para tahfiz al-Quran, mualaf, anak yatim piatu dan pendakwah.
Dana yang dilancarkan melalui Program Tabung Jumaat, Sedekah Seribu Setiap Hari, Sedekah Box dan banyak lagi menerima sambutan luar biasa daripada golongan prihatin.
Sejujurnya, tanpa insan berjiwa murni untuk menyalurkan sedekah, tidak mustahil program kebajikan yang dirancangkan tidak mampu dilaksanakan.
Boleh jadi, idea Pasar Bahagia boleh diguna pakai di negara ini bagi memberi peluang kepada dermawan menghulurkan dana sumbangan untuk golongan memerlukan.
Baca juga [VIDEO] Seronok berkongsi rezeki, pemuda ini murah hati beri percuma hasil kebun tepi rumah
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Mungkin boleh merancakkan lagi program bantuan makanan dan keperluan dapur dijalankan badan bukan berasaskan keuntungan atau jawatankuasa masjid seluruh negara.
Apa yang penting, jujur dengan diri sendiri dan beramal kerana ALLAH.
Insya-ALLAH segala rancangan yang direncanakan dapat dilaksanakan sebaiknya. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang