TANAH Makkah yang merupakan gurun yang tandus bertukar hijau, warga maya dikejutkan dengan perubahan muka bumi yang jarang berlaku di Arab Saudi.

Bumi Arab Saudi yang terkenal dengan padang pasir yang gersang dan panas kelihatan berbeza apabila imej yang dirakam satelit menunjukkan kawasan itu bertukar hijau selepas hujan lebat baru-baru ini.

Baru-baru ini Arabia Weather melaporkan imej satelit Terra yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) merakamkan pemandangan hijau di beberapa kawasan di Arab Saudi.

Baca juga:Ramai terkejut Makkah dilanda banjir kilat, arus terlalu kuat buat ramai gelisah

Tumbuhan hijau didapati melitupi beberapa kawasan kering yang didominasi oleh padang pasir seperti kota Makkah, Jeddah dan Madinah.

Beberapa hari lalu sejak Disember 2022, taburan hujan yang tinggi direkodkan di Arab Saudi.

Baca juga: Keajaiban 15 Ramadan. Hujan lebat 3 jam, Makkah dilanda banjir kilat & hujan batu

Susulan daripada itu beberapa kawasan di wilayah barat Arab Saudi dilitupi dengan kehijauan.

Baca juga: Perenang Pertahanan Awam selamatkan mangsa terperangkap dalam terowong, 10 fakta banjir di Jeddah

Twitter @theholymosques berkongsi foto-foto pergunungan di kota Makkah yang menghijau dan kelihatan cantik.

Iklan

Dalam keterujaan menyaksikan fenomena jarang berlaku ini, ramai warganet berasa takut dan mengaitkannya dengan tanda-tanda seperti mana sabda oleh Nabi Muhammad SAW ribuan tahun dahulu.

Baca juga: Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Baca juga: Bila padang pasir mulai subur, tanda kiamat semakin dekat? 

Iklan

Sumber: theislamicinformation

Foto: Twitter @TheHolyMosque

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi