Tangkap gambar hantu tepi tingkap

A
A
A

SEKUMPULAN ahli paranormal mendakwa mereka berjaya mengesan kehadiran hantu yang menjadi 'penghuni' di sebuah rumah tinggal dikatakan telah berusia lebih ratusan tahun.

Kumpulan yang dikenali sebagai Paranormal Supernatural Investigations (PSI) itu telah berkunjung ke Moore Hall, County Mayo, Ireland.

Hasil tinjauan tersebut mereka mendapati wujudnya semangat dan tenaga luar biasa sewaktu mereka sedang merakam beberapa gambar di rumah berkenaan pada waktu malam.

"Apabila tiba di lokasi, kami segera mengambil beberapa keping gambar kerana dapat mengesan kehadian entiti di situ," kata wakil PSI.

Menurut berita yang dipetik daripada media Britain, Mirror, terdapat sosok tubuh yang ditidak dikenal pasti berada berhampiran dengan cermin telah dirakam menggunakan kamera.

Setelah diteliti, pihak PSI mengatakan mereka berjaya menangkap gambar kehadiran hantu di rumah tersebut.

Mereka kemudian memuat naik gambar berkenaan di Facebook. Hasil daripada perkongsian itu, terdapat beberapa individu lain yang turut berkongsi pengalaman seram mereka ketika berada di kawasan tersebut.

"Saya pernah berkhemah di sekitar kawasan Moore Hall. Tetapi, keadaan kemudian berumbah menjadi semakin seram kerana persekitaran yang gelap.

"Beberapa tahun lalu pada malam hari, kami sekumpulan ingin masuk ke dalam rumah tersebut tetapi, secara tiba-tiba berubah fikiran. Kami mendapati semangat di rumah itu sangat luar biasa," terang pengguna media sosial.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang