Dikenali Turkiye sejak 2022, ini sebab kenapa Turki tukar nama
Dikenali Turkiye sejak 2022, ini sebab kenapa Turki tukar nama
SEJAK Isnin, seluruh dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi Turkiye dan Syria yang sangat menyayat hati.
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 menggegarkan tengah Turkiye dan barat laut Syria itu telah mengorbankan ribuan manusia.
Gegaran tersebut meruntuhkan bangunan di seluruh wilayah itu sehingga pihak berkuasa terpaksa mengaktifkan operasi bagi mencari mangsa terselamat dalam sisa runtuhan.
Gempa yang melanda ketika awal pagi ketika musim sejuk turut boleh dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Dikatakan gempa bumi melanda Turkiye dan Syria ini antara yang terburuk dan berbahaya.
Gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan teruk itu sebahagiannya disebabkan kuasa gegaran, di mana ia adalah gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak 1939.
Antara lain gempa juga berlaku pada jam 4.17 pagi, ketika orang ramai sedang tidur dan "terperangkap apabila rumah mereka runtuh".
Pembinaan bangunan juga tidak "benar-benar memadai untuk kawasan yang terdedah kepada gempa bumi besar", kata pengarang buku The Million Death Quake.
Turkiye juga berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.
Ketika membaca berita berkaitan Turkiye, pasti anda tertanya-tanya, mengapa media-media menggelar negara itu sebagai Turkiye dan bukan Turki atau Turkey seperti sebelum-sebelum ini?
Sebenarnya, negara tersebut telah menzahirkan permintaan rasmi untuk dikenali sebagai Turkiye.
Menurut laporan BBC, berikut info berkaita;
1. Pertukaran nama negara Turki atau Turkey kepada Turkiye secara rasminya berlaku pada Jun 2022.
2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Turki dikenali sebagai 'Turkiye' selepas pertubuhan antarabangsa itu memberi lampu hijau kepada permintaan rasmi tentang perkara itu yang dikemukakan Ankara.
3. Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata, perubahan itu berkuat kuasa sejurus selepas mereka menerima surat dihantar oleh Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.
4. Katanya, ejaan alternatif itu menggambarkan budaya, tamadun dan nilai negara tersebut, merujuk kepada sebutan 'Tur-key-yay' selaras dengan apa yang sering disebut penduduk Ankara.
5. Difahamkan, pertukaran nama itu dibuat sebagai usaha untuk mengelakkan salah faham dengan beberapa maksud termasuk istilah slanga yang menjengkelkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
6. Susulan itu, sebahagian badan antarabangsa diminta berbuat perkara sama untuk memastikan pertukaran nama itu sebagai sebahagian daripada kempen penjenamaan semula yang dilancarkan Recep pada tahun lalu.
7. Ujar Stephane Dujarric, Turkiye mewakili dan mencerminkan kebudayaan, ketamadunan dan nilai rakyatnya.
8. Susulan pengumuman dibuat Recep, stesen penyiar TRT segera membuat perubahan tersebut dan menjelaskan sebab penjenamaan semula imej itu kerana enggan disamakan dengan menu tradisional 'ayam turki' yang ada kaitan dengan Hari Natal, Tahun Baharu atau sambutan Thanksgiving.
Sebelum ini, beberapa negara turut menukar nama seperti Iran (Persia), Thailand (Siam), Zimbabwe (Rhodesia) dan Eswatini (Swaziland).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang