KEJUTAN dan kesedihan bagi mereka yang berdepan dengan kehilangan insan tersayang adalah sangat berat.

Setiap orang melalui fasa-fasa ini dengan cara masing-masing. Perasaan adalah anugerah yang unik.

Bagi mengawal emosi dan perasaan juga dengan cara yang berbeza.

Begitu yang terjadi di Jepun ini.

Bagi mengubati kerinduan kepada bayi atau anak yang telah meninggal dunia, seorang wanita mencipta reborn doll khas untuk ibu bapa.

Akiko Namamise, 46, ‘menghidupkan’ semula anak patung silikon yang digelar reborn doll di Sakai, Osaka, Jepun.

Tenangkan hati, 'reborn doll' bantu ibu bapa yang kehilangan anak

Reborn doll ini digunakan bagi menenangkan ibu bapa yang kematian anak.

Wanita itu telah menolong banyak ibu bapa yang bersedih dengan kehilangan anak-anak mereka pada awal usia dan juga buat mereka yang tidak mempunyai anak, dengan reborn doll itu terasa seperti bayi sebenar.

Akiko Nakamise bekerjasama dengan tujuh artis dari Eropah dan Amerika Syarikat untuk merancang produk yang dilapisi dengan empat lapisan cat, mengikut warna kulit dan tekstur rambut. Harga setiap boneka antara 100,000 yen (RM3,877.10) hingga 400,000 yen (RM15,508.40).

Akiko Nakamise berpengalaman menjual produknya itu sejak lapan tahun yang lalu.

Iklan

Menurutnya, sebilangan pembeli menyatakan alasan mendapat boneka “Saya memerlukan sesuatu untuk menghiburkan saya” dan “Saya ingin mempunyai anak tetapi tidak dapat”.

Setakat ini, lebih 1,000 anak patung telah sampai ke tangan ibu bapa baru. Tangan mereka yang kecil dan lembut serta mata bulatnya yang besar, membuat ramai orang tersenyum.

Kata Akiko Nakamise, ramai individu yang mengalami kehilangan menilai boneka ini sebagai bahagian yang sangat diperlukan dalam hidup mereka.

Tenangkan hati, 'reborn doll' bantu ibu bapa yang kehilangan anak

Iklan

Baca juga Indomie kehilangan orang kuat, Nunuk Nuraini buat ramai peminat sedih

Anak patung yang ‘dilahirkan’ semula adalah perkara biasa di Eropah dan AS, dan Akiko Nakamise berharap pemahaman orang tentang boneka ini di Jepun juga akan semakin mendalam.

Sumber: The Mainichi