Terima mahar depan jenazah, video pengantin perempuan ini undang sebak warganet

No Image Caption
A
A
A

CINTA sampai hujung nyawa! Demikian frasa paling tepat menggambarkan kisah tragis seorang gadis dari Dompu, Nusa Tenggara Barat, Jakarta, Indonesia yang tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman pendek tentang dirinya yang menerima mahar di sisi jenazah calon suami yang mencetuskan tanda tanya, bahkan tak kurang juga warganet bersedih dan tumpang simpati.

Lapor Detik News, majlis yang sepatutnya menjadi hari bahagia, bertukar detik paling memilukan apabila lelaki yang dicintainya meninggal dunia.

Difahamkan, Ariansyah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku sehari sebelum majlis berlangsung.

No Image Caption

Namun, cinta mereka tidak terhenti di situ.

Dengan hati yang kuat, si gadis tetap duduk di sisi jasad yang terbujur kaku, menerima mahar sebagai simbol ikatan yang tidak sempat disempurnakan.

Rakaman suasana penuh emosi itu menunjukkan gadis berkenaan duduk tenang sambil menangis di sisi jenazah, dikelilingi ahli keluarga dan penduduk kampung.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Suasana sunyi dan pilu itu diakhiri dengan sesi penyerahan mahar oleh wakil keluarga lelaki sebagai memenuhi amanah dan janji yang telah dirancang.

Rata-rata netizen yang sempat menonton video tersebut sebelum dipadam di media sosial menyangkakan sesi tersebut adalah majlis akad nikah yang mana si perempuan berkahwin dengan jenazah.

Simbolik cinta

Ramai yang sebak dan juga keliru sama ada itu satu pernikahan sah atau sekadar simbolik semata-mata?

Menurut kenyataan Ketua Kampung Hu’u, Mujahidin yang tampil memberikan penjelasan, video tersebut bukanlah majlis akad nikah seperti yang ditularkan.

No Image Caption

Sebaliknya, ia hanyalah proses penyerahan mahar yang telah dipersetujui lebih awal antara dua keluarga.

“Rancangannya, mereka akan bernikah pertengahan Jun tapi ajal menjemput dulu. Jadi keluarga pihak lelaki tetap datang menyerahkan mahar kepada pihak perempuan sebagai memenuhi janji yang telah dibuat,” katanya kepada media tempatan.

Sementara itu, kes tersebut sudah sampai ke pihak polis dan siasatan lanjut dijalankan.

No Image Caption

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Dompu, AKP Zuharis, pasangan itu memang telah merancang untuk mendirikan rumah tangga secara rasmi sebelum kemalangan berlaku.

“Iya benar peristiwa itu ada dan sudah terjadi sejak hari Ahad lalu,” katanya, sambil menjelaskan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan bagi memahami konteks keseluruhan kejadian.

No Image Caption

Bukan kali pertama?

Menariknya, ini bukan kes pertama seumpamanya berlaku di Dompu. Menurut laporan portal tempatan, kejadian pernikahan melibatkan jenazah pernah berlaku di kampung sama.

Bahkan ia dilaporkan lebih tragis apabila si gadis dikatakan sedang hamil dan keluarga lelaki nekad ‘menikahkan’ pasangan itu supaya anak yang lahir nanti sah di sisi adat.

Namun menurut pihak Jabatan Agama Dompu, perkahwinan dengan jenazah tidak sah dalam hukum Islam mahupun undang-undang negara.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang