Fikry & Nor Khalizah masih saling mencintai, nafi rumah tangga berantakan. 'Isteri ke mahkamah tarik semula kes tetapi...'

No Image Caption
A
A
A

 

PELAKON dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil memberikan penjelasan berkenaan dakwaan rumah tangga berantakan menjadi punca isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan cerai Mei lalu.

Memetik Melodi, Fikry menjelaskan, beliau dan isterinya saling mencintai dan hubungan mereka masih berada keadaan baik.

"Saya menidakkan sama sekali, tiada istilah paksa berkahwin, kami mencintai diri masing-masing dan berkahwin atas dasar cinta yang ikhlas.

"Lepas itu saya juga ada baca yang isteri saya tidak gembira kerana duduk dengan emak saya. Macamlah kalian pula yang duduk dengan kami.

"Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadang kala dia ikut saya pergi Kuala Lumpur, kalau balik ke Kedah dia juga ikut," katanya.

Dalam masa yang sama, Fikry turut memaklumkan, kehadiran Siti Khalizah di mahkamah pada Khamis adalah untuk menarik semula tuntutan perceraian yang difailkan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Hakikatnya pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah adalah untuk menarik semula kes. Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah.

"Tak ada apa masalah, biasalah kita manusia, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Saya faham, tiada masalah.

"Bagi saya, selagi mana saya sebagai suami mengambil tanggungjawab daripada keluarga, saya berjanji dan bersumpah kepada keluarga untuk menjaga isteri saya dengan baik.

"Dan selagi mana saya mampu, saya akan mempertahankan keluarga saya," jelasnya.

Terdahulu, Siti Khalizah yang merupakan bekas prammugari hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.

Menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, permohonan cerai itu dibuat selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan anak guamnya itu diberi ruang perdamaian.

Sekadar info, pasangan sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu acara sederhana dan tertutup di Jitra, Kedah.

Sumber: MelodiTV3

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang