SANGGUP membuat laporan polis jika ibu bapa lewat mengambil anak di sekolah.

Ya! Bunyinya agak ekstrem, namun itulah pendekatan yang diambil sebuah sekolah di Queensland, Australia.

Boleh jadi, tindakan pihak sekolah itu diambil gara-gara sudah ‘menyampah’ dengan sikap ibu bapa yang gagal mengambil anak tepat pada masanya.

sekolah ekstrem

Lebih-lebih lagi, pada era pandemik Covid-19 ini yang mana menyaksikan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga termasuk pihak sekolah.

Jangan pandang ringan ya, demi keselamatan, anak yang menunggu di luar sekolah pada tempoh yang lama boleh mengundang bahaya.

Mana tidaknya, kecuaian yang dipandang remeh itu boleh meragut nyawa insan tidak berdosa termasuk risiko diculik, kemalangan selain mendapat jangkitan wabak korona!

sekolah ekstrem

Lapor newsweek, polisi tersebut antara lain mengarahkan ibu bapa untuk mengambil anak masing-masing pada jam 3 petang setiap hari.

Penjaga atau ibu bapa juga perlu berada di kawasan sekolah satu jam lebih awal sebelum kelas tamat bagi mengelakkan berlaku kesesakan.

Jika gagal berbuat demikian, mereka perlu memaklumkan kepada pihak pejabat lebih awal bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Iklan

Jika berlaku pengabaian, apa yang perlu mereka tanggung adalah berdepan laporan polis dan seterusnya dipanjangkan kepada Perkhidmatan Keselamatan dan Kebajikan Kanak-Kanak.

sekolah ekstrem

Menurut pekeliling yang dikeluarkan menerusi media sosial, ibu bapa yang tidak bersedia untuk mengambil anak pada waktunya perlu menyediakan tempat selamat untuk menunggu.

Pihak sekolah hanya boleh mengawasi anak-anak selama 30 minit saja selepas tamat sesi persekolahan. Bagi pihak sekolah, amatlah berbahaya jika pelajar sekolah dibiarkan keseorangan terlalu lama.

Murid yang dibiarkan tanpa pengawasan cenderung untuk melakukan vandalisme atau berada dalam bahaya, kata mereka. Memang betulkan?

Iklan

Pun begitu, perubahan polisi baharu tersebut menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi warganet selepas pengumuman itu dibuat melalui media sosial.

sekolah ekstrem

Ramai yang menyifatkan tindakan itu agak melampau jika dibandingkan dengan kesalahan kecil tersebut.

Ada juga yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan yang dikatakan menggugat kredibiliti institusi, tetapi ada juga memberikan sokongan padu.

Bagaimana pula kes jika berlaku di Malaysia? Mungkin disebabkan ada perkhidmatan bas atau van sekolah yang selalu datang tepat pada waktunya, isu tersebut tidaklah nampak terlalu besar.

Lagipun ketika ini, kebanyakan sekolah sudah tutup buat sementara waktu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan hingga 7 Jun nanti.

sekolah ekstrem

Sama ada sekolah dibuka semula, itu belum tahu lagi, ditambah kes jangkitan Covid-19 semakin lama semakin menggila.

Apapun, yang penting #kitajagakita dan pastikan semua mematuhi prosedur operasi standard ya!

Mari bersama memutuskan rantaian wabak yang semakin meruncing ini. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting.