KEGEMBIRAAN sekumpulan kanak-kanak yang berpeluang menghabiskan hari terakhir persekolahan mereka dengan bermain istana angin bertukar menjadi tragedi buruk.

Mana tidaknya, istana angin yang dinaiki sembilan murid Hillcrest Primary School, Australia itu diterbangkan angin kencang setinggi 10 meter sebelum jatuh terhempas.

Lapor bbc.com, seramai lima kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Lebih menyedihkan, identiti mangsa sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Addison Stewart berusia 11 tahun, manakala Zane Mellor, Jye Sheehan, Jalailah Jayne-Maree Jones dan Peter Dodt masing-masing 12 tahun.

tragedi istana angin

Tiga lagi kanak-kanak dilaporkan masih kritikal dan seorang sudah stabil.

Siapa pun tidak menyangka, Festival School Fun Day yang diadakan saban tahun oleh Hillcrest Primary School tersebut boleh menjadi mimpi buruk buat semua.

Tidak tahu mana silapnya, istana angin yang sudah dipacakkan tengah padang itu boleh diterbangkan angin pada hari kejadian.

Baca juga Mayat kanak-kanak tanpa organ, kaki, rambut, otak ditemui. 7 fakta mengenainya

Dalam kejadian itu, seramai 40 murid sekolah masing-masing difahamkan daripada kelas darjah lima dan enam menyertai festival tersebut.

Sebaik sahaja insiden berlaku, sekumpulan paramedik dikejarkan ke sekolah tersebut kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

tragedi istana angin

Malangnya, empat kanak-kanak tersebut disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi diumumkan meninggal dunia di hospital.

Memetik laporan BBC, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menzahirkan kesedihan terhadap insiden yang berlaku dan menyifatkan sebagai “unthinkably heartbreaking“.

“Aktiviti menggembirakan bagi kanak-kanak ini bertukar menjadi tragedi menakutkan. Pada saat ini, ia cukup menyedihkan.

Baca juga Sadisnya, kanak-kanak 4 tahun ditikam 10 kali gara-gara hutang

“Kami turut bersedih terhadap keluarga, para guru dan rakan-rakan sekolah yang kehilangan insan tersayang,” katanya dalam laporan itu.

Iklan

Siasatan lanjut masih diteruskan pihak berkuasa kerana timbul pelbagai persoalan termasuk aspek kecuaian.

tragedi istana angin

Kesedihan turut dirasai para petugas dan anggota polis turut menangisi pemergian kanak-kanak malang tersebut.

Bagaimanalah penerimaan keluarga mangsa tersebut ya? Cukup sukar untuk digambarkan perasaan kehilangan anak sekelip mata.

Keluarga rapat mangsa, Tamara Scott yang merupakan ibu saudara kepada Dodt menyifatkan kanak-kanak itu seorang kanak-kanak riang yang penuh dengan adventure.

Iklan

Baca juga Kanak-kanak 2 tahun tergelincir jatuh dari denai setinggi 30 meter, tindakan pemuda ini buat ramai tabik spring

Meg Aherne iaitu ibu saudara kepada Stewart pula tidak mampu untuk meluahkan perasaan ketika itu dan cuma berkata, mendiang seorang yang baik dan sweet.

Sementara itu, Mellor digambarkan oleh kenalan rapat keluarganya sebagai seorang budak lelaki yang menawan dan berjiwa penyayang.

tragedi istana angin

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Terdahulu, insiden membabitkan istana angin sebenarnya pernah dilaporkan di seluruh dunia yang menyaksikan dua kanak-kanak terbunuh, manakala 20 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di China pada tahun 2019.

Satu lagi insiden sama tercetus di pantai Norfolk, United Kingdom pada tahun 2018 apabila seorang gadis meninggal dunia selepas tercampak daripada istana angin yang meletup.

Moga insiden malang sebegitu menjadi iktibar kepada semua khususnya ibu bapa yang memiliki anak kecil supaya lebih berhati-hati.