UAE bakal benarkan perjudian? Syarikat kasino gergasi AS umum buka resort ‘gaming’ 2026
SEJAK 1973, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengalami perubahan daripada negara kecil yang terletak di gurun kepada negara moden dengan taraf kehidupan yang tinggi.
Terbaru, syarikat gergasi kasino Amerika Syarikat, Wynn Resorts meletakkan sasarannya pada pasaran baharu yang tidak pernah membenarkan perjudian sebelum ini iaitu UAE.
Gergasi kasino yang berpangkalan di Nevada itu mengumumkan perjanjian berbilion dolar dengan UAE yang mana Ras al-Khaimah akan menyaksikan pembukaan sebuah hotel mewah 1,000 bilik dengan 10 restoran dan lounge, spa, kemudahan konvensyen, tempat membeli-belah dan ‘gaming’.
Baca juga: Selepas Arab Saudi, kini Libya pula dilanda salji, 6 bandar catat cuaca sejuk paras beku
Pengumuman itu dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah (RAKTDA) yang memperkenalkan bahagian baharu, dipanggil Jabatan baharu yang akan mengawal selia resort bersepadu yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, pusat konvensyen dan ‘gaming’.
‘Gaming’ sering digunakan secara sinonim dengan perjudian dalam konteks tempat perhotelan dan masa lapang, walaupun tidak jelas sama ada ia bermaksud pertaruhan tunai. RAKTDA bagaimanapun tidak dapat dihubungi oleh CNBC.
“Resort bersepadu yang baru diumumkan itu masih dalam fasa reka bentuk awal dan dijangka siap menjelang 2026,” kata kenyataan daripada Marjan, pemaju Ras al-Khaimah yang terlibat dalam perjanjian itu, menurut Associated Press.
Baca juga: Istanbul diselimuti salji tebal, penerbangan dibatal, lalu lintas lumpuh
UAE, yang terkenal dengan bangunan pencakar langit yang berkilauan, pusat beli-belah besar. Tiada perbezaan ketara dengan Las Vegas kecuali agama rasmi UAE iaitu Islam yang melarang perjudian.
Walaupun pengambilan alkohol dan memakai bikini di pantai telah lama dibenarkan di Timur Tengah, perjudian belum dilaksanakan di negara-negara di sana.
Sekiranya ia dibenarkan, UAE melakukan langkah besar ke arah liberalisasi dan mempelbagaikan ekonomi tradisional berasaskan minyak.
"Rantau ini menawarkan potensi yang sangat besar untuk industri perhotelan dan pelancongan, dan kami teruja dengan prospek membangunkan resort bersepadu di Ras Al Khaimah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts, Craig Billings.
Dia menyifatkan Pulau Al Marjan, tempat resort itu akan dibina, sebagai "suatu persekitaran yang bersih dan lokasi padang hijau yang ideal."
Al Marjan adalah pulau buatan manusia kurang dari sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
Ras al-Khaimah ialah emirat paling utara UAE dan telah lama berusaha untuk menarik pelancongan dalam bergelut untuk bersaing dengan ibu kota komersial dan pelancongan negara itu, Dubai.
Manakala Wynn Resorts pula adalah syarikat terkenal dengan kasino dan hotel mewah di lokasi perjudian terkenal seperti Las Vegas dan Macau.
Terdahulu, Arab News melaporkan bandar Diriyah yang hanya terletak 10 kilometer di barat Riyadh bakal digegarkan dengan persembahan barisan artis antarabangsa sempena konsert hiburan tanpa henti selama dua malam di Diriyah E-Prix 2022.
Disember lalu, penganjuran konsert Justin Bieber di Jeddah turut mendapat kecaman ramai di laman sosial Twitter.
Baca juga: Keajaiban 15 Ramadan. Hujan lebat 3 jam, Makkah dilanda banjir kilat & hujan batu
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: CNBC
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang