Usus kecil tersepit, rupanya Lisa Presley meninggal dunia asbab komplikasi pembedahan bariatrik
KEMATIAN anak dan pewaris tunggal legenda rock dunia era 60-an, Lisa Marie Presley pada 12 Januari lalu mengundang perhatian ramai.
Pelakon dan penulis lirik itu dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri akibat jantung terhenti mengejut (cardiac arrest) sebelum meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.
Enam bulan selepas pemergiannya, laporan autopsi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Los Angeles mendapati punca kematian mendiang dikaitkan dengan pembedahan bariatrik.
Komplikasi usus kecil yang tersepit akibat tisu melekat berkembang selepas pembedahan bariatrik yang dilakukannya beberapa tahun lalu.
Menerusi E! Online, laporan autopsi bintang terkenal itu juga mendapati tahap terapeutik dua jenis opiod dan ubat anti psikotik yang dikesan tidak menyebabkan kematiannya.
Difahamkan, laporan autopsi turut mengatakan Lisa Presley mengalami kesakitan pada perut beberapa hari sebelum kematiannya.
Baca juga: Alami serangan jantung, Lisa Marie Presley meninggal dunia
Kehilangan mendiang dirasai para peminat. 10 hari selepas pemergian, ratusan ahli keluarga dan kenalan menghadiri pengebumian di Graceland, Memphis manakala lebih daripada 1.5 juta menonton upcara itu menerusi penstriman langsung.
Lisa Presley pernah berkahwin dengan penyanyi Michael Jackson, pemuzik Danny Keough, aktor Nicholas Cage dan pemain gitar, Michael Lockwood.
Pemergian beliau meninggalkan tiga cahaya mata iaitu aktres Riley Keough, 33, dan pasangan kembar, Harper dan Finley Lockwood, 14.
Anak lelakinya, Benjamin Keough telah meninggal dunia pada tahun 2020.
Baca juga: Sakit tengah dada waktu pagi jangan ambil mudah, 15 tanda serangan jantung wanita perlu tahu
RISIKO BARIATRIK
Bariatrik ialah pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan.
Ia disarankan kepada individu yang mempunyai indeks jisim tubuh 40 dan ke atas dan berdepan masalah masalah komorbiditi seperti diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung.
Prosedur ini juga mampu mengurangkan risiko kanser.
Ia akan mengecilkan saiz perut bagi membantu seseorang mengawal selera makan dan mengurangkan penyerapan makanan oleh usus.
Memandangkan pembedahan ini mengubah struktur asal perut dan usus, berikut antara komplikasi yang boleh terjadi:
- Usus tersumbat
- Cirit-birit, mual dan muntah (sindrom Dumping)
- Batu karang hempedu
- Angin pasang
- Hipoglisemia
- Malnutrisi
- Ulser
- Perut bocor
Selepas pembedahan, pesakit perlu berdisiplin dan mengamalkan gaya hidup baru.
Ia termasuk cara dan jenis pemakanan serta meninggalkan tabiat kurang sihat seperti merokok dan alkohol.
Baca juga: Apa itu masalah kebocoran usus yang dideritai arwah Rohana Jalil? Ini penerangan pakar
Sumber: E! Online, Hello Doktor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang