MENTERNAK haiwan seperti ayam, lembu, kambing ataupun kerbau memang menjadi salah satu sumber pendapatan yang cukup menguntungkan.

Bertambah lumayan jika hasil ternakan itu memiliki tubuh gebu dan sihat sebelum cukup tempoh matang untuk dijual di pasaran.

Lagi-lagi lagi menjelang musim Aidilfitri mahupun Aidiladha, sudah tentunya permintaan daging menjadi-jadi sebagai juadah penting bersama keluarga.

kambing hitam pelik

Namun, pernahkan anda terfikir bagaimana jika haiwan ternakan itu seperti kambing mempunyai tabiat yang lain daripada lain?

Lazimnya, kambing berjalan menggunakan empat kakinya, namun pernahkah anda melihat kambing hitam berjalan hanya menggunakan dua kakinya saja?

Lebih tepat, haiwan itu berjalan seolah-olah dirinya seperti seorang manusia.

Baca juga Rupanya kambing pun pandai pura-pura mati

Agak ‘menyeramkan’ apabila haiwan tersebut bersikap demikian rupa.

Apa yang SinarPlus ceritakan ini ‘betul-betul kejadian’ kerana setiap gerak-geri kambing yang pelik itu berjaya dirakam oleh seorang individu sebelum viral di media sosial.

Video berdurasi 15 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Alexandre Souza itu membuatkan ramai merinding dan seram sejuk.

kambing hitam pelik

Tidak dapat dipastikan sama ada Souza adalah pemilik asal video tersebut yang tertera kapsyen ‘Saya mahu menjual kambing pada harga R$2000 (RM1,584.98).’

Alasan yang diberikan untuk menjual kambing tersebut dikatakan tiada sebab kukuh, hanya kerana mahu haiwan itu jauh daripadanya.

Baca juga Seramnya, kucing ini bermain dengan entiti berambut panjang, berbaju putih

Sebab tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya.

Pun begitu, video yang dikongsikan tersebut berjaya menjawab semua persoalan kenapa pemilik mahu menjual kambing hitam tersebut dengan kadar segera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelik-pelik ya? Bagaimanalah haiwan itu boleh ubah gaya berjalan sehingga membuatkan pemilik jadi takut.

Iklan

Sudah menjadi lumrah, jika kita melihat sesuatu yang rare ditambah tubuh ’sasa’ kambing tersebut berjalan, memang meremang bulu roma.

Apa yang menjadi persoalan, adakah haiwan itu laku dijual? Video yang tular itu menerima lebih 3 juta tontonan.

Rata-rata pengguna Facebook yang mengikuti perkongsian tersebut berkongsi komentar dan ikon sticker emoji terkejut.

kambing hitam pelik

Tak sangka ayam itu sanggup ikut dari belakang.

kambing hitam pelik

Iklan

Terdapat juga komen lucu mahu menjadikan kambing itu sebagai hadiah.

kambing hitam pelik

Ramai beranggapan itu hanyalah anjing dan bukannya kambing.

kambing hitam pelik

Apapun komen yang diterima, sememangnya gaya kambing itu memang lari daripada lumrah kebiasaannya.

Mungkin antara pengguna beranggapan kambing itu istimewa, ada juga yang berpandangan sebaliknya.